Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
I'm a Muslim Girl
Annyeong Haseyo! Selamat Datang ke "I'm A Muslim Girl"'s Blog Semoga Pengisian yang Bermanfaat Untuk Semua! Smile Always :)

Tuesday, June 19, 2012

♥15 Maksiat yang Menurunkan Bala♥




Daripada ali bin abi thalib r.a rasulullah s.a.w bersabda:
Apabila umatku telah membuat lima belas perkara, maka bala’ pasti akan turun kpd mereka :
1-apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2-Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3-Zakat dijadikan hutang.
4-Suami memperturutkan kehendak isteri.
5-Anak derhaka terhadap ibunya.
6-Sedangkan ia berbaik dengan kawannya.
7-Suka menjauhkan diri dari ayahnya.
8-Suara ditinggikan dalam masjid.
9-Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina diantara mereka.
10-Seseorang yang di mulia kerana ditakuti kejahatannya.
11-Arak diminum di merata tempat.
12-Kain sutera banyak dipakai oleh lelaki.
13-Para isteri disanjung-sanjung.
14-Muzik banyak di mainkan.
15-Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi, atau dirubah menjadi makhluk lain.
(Hadis riwayat tarmizi)~http://myibrah.com/15-maksiat-yang-menurunkan-bala

♥Cerpen: Cahaya Cinta Zahra♥



"Zahra...," lembut suara itu memanggil. Zahra tidak menghiraukannya. Namun, suara itu masih lagi memanggil namanya berkali-kali. Dirinya mula naik berang.
Dia berpaling. Di belakangnya sudah berdiri seseorang sambil tersenyum. "Kau nak apa, hah?" tanya Zahra agak kasar. Dia masih lagi tersenyum. Riaknya kelihatan tenang.
"Tidak ada apa. Cuma nak ucapkan tahniah sebab dapat straight A's. Aku nak bagi ni je," katanya sambil menghulurkan bungkusan yang agak besar beserta kad di atasnya. "Kenapa tiba-tiba kau nak bagi aku ni... You've lost your mind, right?..." Zahra bersuara.
Namun, orang tersebut terus tersenyum dan menggelengkan kepalanya. "Kau ambil sajalah... Jumpa kau lagi bila dah berjaya nanti," balasnya seraya berlalu dari situ. Zahra terpinga-pinga dengan kelakuan orang itu. Memberinya sesuatu tanpa tujuan yang nyata. Sungguh pelik baginya.
*******
Matanya menatap sayu surat tawaran itu. Hatinya berdolak-dalik tatkala memikirkannya. Apa yang perlu dia lakukan kini adalah membuat keputusan sama ada menerima tawaran tersebut ataupun menolaknya. Zahra Irdina mengaru-garu kepalanya. Jika diikutkan pada kewangan, dia sendiri tidak perlu risau kerana permohonan biasiswa JPA telah pun diluluskan seminggu yang lalu.
"Zahra, betul ke apa yang kau buat ni? Jangan menyesal tau," ujar Hani. Zahra tersenyum mendengar kata-kata sahabat baiknya itu.
"Kau jangan risaulah, Hani. Aku tahu apa yang aku sedang buat. Belajar di perantauan merupakan satu peluang besar, Hani Darwisyah. Mana boleh aku lepaskan peluang ini," kata Zahra, suatu semangat terbayang di riak wajahnya.
"Bukan aku kata kau tak boleh pergi... Aku takut kau kena culture shock nanti," Hani memberikan pendapatnya.
"Hani, percayalah. Aku boleh bawa diri. Kau jangan risau, okay..." Zahra cuba meyakinkan sahabatnya itu. Hani sekadar mendiamkan diri.
*******
Melanjutkan pengajian di tempat orang membuatkan Zahra berasa sungguh teruja. Sudah hampir dua tahun Zahra di perantauan. Penampilannya yang dahulu masih lagi sama. Tiada perubahan. Tetapi pengenalannya dengan seorang pemuda kelahiran Singapura di University of Alberta memberinya sejuta rasa. Perasaan yang tidak pernah dirasainya sebelum ini.
Ayman Hariz, pemuda kacukan Singapura-Jerman mula memikat hatinya. Usia Hariz tidak jauh beza dengan usia Zahra yang kini menjangkau 20 tahun. Hariz sentiasa memberikan layanan yang terbaik buat kekasih hatinya.
"Sayang, awal cuti semester nanti I nak ajak you pergi Niagara. You sudi?" luah Hariz. Zahra mengangguk tanda setuju. Dia tidak pernah rasa sebahagia kini. Kehidupannya di Kanada cukup berbeza ketika di kampung. Segala yang dia inginkan pasti Hariz tunaikan. Kebahagiaan yang selama ini dia impikan seakan menjadi kenyataan.
*******
"Zahra, boleh tak bila kita pergi nanti, I tak nak you pakai benda ni," ujar hariz sambil jari telunjuknya menunding ke arah tudung yang dipakai Zahra.
Zahra membuntangkan matanya. "Tapi..."
"Untuk I seorang aje. Please... Kali ini saja," pinta Hariz bersungguh-sungguh.
Zahra tersenyum mendengar permintaan itu. "Okaylah, I ikut kata you kali ni. Tapi sekali saja tau. Promise?"
Hariz menganggukkan kepalanya sambil memberikan senyuman menawan. Muka Zahra naik merah tanda malu.
Sebelum bertolak ke Niagara, Zahra menelefon Hani terlebih dahulu. Dia menceritakan permintaan Hariz kepada Hani. Sahabat baiknya itu terkejut besar mendengar permintaan tersebut.
"Alah, bukan selalu Hani. Sekali saja."
"Apa kau kata? Sekali? Kau ni kenapa? Tak takut Allah ke?" keras suara Hani Darwisyah.
"Hani, sejak bila kau macam ni?! Sebelum ni, kau tak pernah pun nak halang aku buat apa yang aku suka... Sudahlah, Hani. Malas aku cakap dengan kau!" Zahra segera memutuskan talian itu. Dia mendengus kasar.
*******
Perjalanan ke Niagara dari tempat Zahra menetap mengambil masa sehari 14 jam. Jadi, mereka terpaksa bertolak lebih awal ke sana. Zahra kelihatan riang sekali. Begitu juga dengan Hariz.
Niagara Falls merupakan tempat yang cukup cantik di sempadan Kanada-USA. Air terjun yang jatuh berbentuk ladam kuda menarik minat ramai pelancong di serata dunia. Cinta Zahra terhadap Hariz makin lama kian mendalam. Dia sanggup melakukan apa sahaja demi cintanya terhadap seorang insan bernama lelaki.
Perlahan-lahan Hariz mengelus lembut rambut buah hatinya yang mengurai panjang. Sesekali rambutnya berterbangan dek ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Mereka duduk di sebuah bangku di taman di sebuah bandar berdekatan. Tika itu, malam sudah lama berlabuh menggantikan siang.

Ayman Hariz mengerling jam tangannya yang sudah menunjukkan jam 9.00 malam mengikut waktu Kanada.
"Zahra, kalau I minta you buat sesuatu untuk Iyou boleh tunaikan?" pinta Hariz seperti anak kecil.
"Apa dia, sayang?" Zahra memandang wajah orang di sisinya itu.
"Boleh you layan I tak? Untuk malam ini sahaja." Zahra terpempan mendengar kata-kata yang baru sahaja diucapkan Hariz sebentar tadi.
"What? Are you crazy, Hariz? I tak akan pernah gadaikan diri I sebelum you marry I," jawab Zahra segera menjauhkan diri daripada Hariz. Dia bingkas bangun daripada bangku itu.
Hariz cuba mendekati Zahra. "Marry? Oh no! I tak pernah terfikir pun untuk jadikan you isteri I.You bukan taste I. Sekadar buat main-main, bolehlah..." Hariz menaburkan kata-kata menjelikkan dalam helai tawanya yang sangat kuat.
"Sanggup you, Hariz. Sanggup you buat I macam ni..." kata Zahra dalam tangisan.
Hariz makin mendekati Zahra. Dia memegang kuat tangan gadis itu. Zahra cuba melepaskan diri. Tiba-tiba, satu tumbukan kena pada muka Hariz. Keluar darah dari mulutnya.
"What are you doing to her?" Tanya satu suara. Suara itu seperti orang Malaysia. Zahra terpempan sekali lagi.
"Hey, man! I just want to test this girl. Please don't stop me, okay!"
Satu lagi tumbukan kena pada mukanya. Hariz jatuh terjelopok di atas tanah. Orang itu segera mengajak Zahra lalu berlalu dari situ. Entah mengapa, dirinya hanya menurut sahaja.
"Thank you...," ucap Zahra termengah-mengah. "Never mind. Tolong jaga diri awak tu baik-baik. Baik awak pakai tudung awak balik...," katanya seraya pergi meninggalkan Zahra sendirian di situ.
*******
Zahra Irdina memandang sayu langit di bumi Kanada. Sekarang, dia berada di balai berlepas. Lagi beberapa minit, dia akan berlepas ke tanah air, Malaysia. Lima tahun di Kanada mengajar dirinya pelbagai perkara. Segala-galanya memberikan kesedaran pada dirinya.
"Zahra Irdina!!!" jerit seseorang memanggil namanya.
Matanya melilau-lilau mencari suara itu.
"Zahra!!!"
Matanya tertancap pada seseorang yang amat dirinduinya. "Hani? Hani Darwisyah???"
Hani mengangguk riang. Wajahya cukup ceria menyambut kepulangan sahabat baiknya ke Malaysia. "Kau apa khabar? Lamanya tak jumpa kau... Rindu sesangat tau!" luah Hani tidak terkata. Hani membantu Zahra memasukkan bagasi ke dalam bonet kereta.
"Mak kau tak dapat ambil. Jadi, dia suruh aku ambil kau kat KLIA." Zahra sekadar mendengar. Matanya tertumpu pada seorang pemuda yang berada dalam kereta tersebut. Dia seakan pernah bertemu dengan lelaki tersebut tetapi entah di mana. Dia sendiri tidak ingat.
*******
Usai menunaikan solat Isyak, Zahra mula mengemas barang-barangnya. Dia sudah pun makan malam bersama Puan Noraini dan adiknya, Zainal. Zahra cuba mencapai sesuatu di atas almari bajunya. Tangannya terasa sesuatu. Sebuah bungkusan.
Zahra mencapai bungkusan tersebut. Dia membuka balutan yang membalut bungkusan itu. Sejadah. Cantik. Hatinya terpegun melihat sejadah itu. Dia cuba mengingat kembali siapa pemberinya. Namun nama pemberi tiada di situ. Kad yang disertakan turut tidak tertulis nama pemberi.
"Jumpa kau bila dah berjaya nanti..."
"Never mind. Tolong jaga diri awak tu baik-baik. Baik awak pakai tudung awak balik..."
Zahra tersedar daripada lamunan. Dia mengerti. Tetapi mengapa baru kini?
*******
Hani Darwisyah pergi menemui sahabatnya di Manjung Kopitiam. Zahra tersenyum melihat kelibat Hani di situ.
"Hah, kau ni kenapa tiba-tiba aje?" soalan yang pelik diajukan kepada Zahra. Zahra melirikkan senyuman manis.
"Kau duduklah dulu... Hani, baru aku tahu siapa yang bagi sejadah yang aku ceritakan kat kau dulu."
"Siapa?" Tanya Hani ingin tahu.
"Lelaki yang teman kau dan kawan-kawan masa ambil aku kat KLIA tu... Lelaki yang sama selamatkan aku daripada perbuatan jahat Hariz. Dan lelaki yang sama menegur aku time ambilresult SPM lima tahun lepas," Zahra mula berbicara.
"Azeem Danial?"
Zahra menganggukkan kepalanya.
"Baru sekarang kau sedar, kawan? Kau tahu, dalam diam dia belajar kat Kanada, sentiasa perhatikan kau. Sebab dia tahu, kau mudah terpengaruh. Dalam diam dia menyimpan perasaan kat kau...," Hani pula berbicara.
"Sebab tu la, aku rindu sangat kat orang yang bagi sejadah tu." Muka Zahra mula merah padam menahan malu. Hani tersengih.
"Okay, sekarang aku nak cakap pula. Kali ini, kau kena dengar. Nak tak nak, kena juga.
"Zahra, kau capailah dahulu impian kau tu. Cinta kau tolak ke tepi dulu. Cinta Allah itu yang penting. Tentang dia, kau doalah banyak-banyak. Mudah-mudahan Allah permudahkan segalanya."
Sekarang, Zahra mengerti. Dia tidak perlu terhegeh-hegeh mencari cinta manusia kerana Allah akan menentukan yang terbaik buat dirinya. Tentang Ayman Hariz, biarlah kisah silam itu menjadi pengajaran buat dirinya. Azeem Danial. Seorang lelaki yang terlalu istimewa bagi dirinya. Dia tidak pernah menyuarakan hasrat hatinya walaupun mereka pernah satu sekolah dahulu. Sesungguhnya, Allah itu Maha Penyayang.Wallahu'alam..Artikel iluvislam.com

Friday, June 15, 2012

♥Isra’ Mikraj, Baitul Maqdis dan Perjuangan Islam♥





Tahun Kesedihan
Peristiwa Isra’ Mikraj ini berlaku pada tahun ke-10 kenabian. Tahun tersebut dikenali sebagai tahun kesedihan ekoran kewafatan bapa saudara Nabi SAW iaitu Abu Talib dan juga kewafataan isteri baginda SAW yang kedua-duanya banyak memberikan bantuan serta pertolongan kepada Nabi SAW dalam menyebarkan dakwah Islam dan memperjuangkan Islam.
Tidak hanya dengan kesedihan kewafatan 2 tonggak besar dalam perjuangan baginda SAW, sebelum berlakunya peristiwa Isra’ Mikraj, Nabi SAW disakiti apabila baginda SAW pergi ke Thaif untuk menyebarkan Islam dan dalam usaha mencari markaz baru di luar Mekah. Namun kedatangan baginda SAW ke Thaif disambut dengan batu yang dilontarkan oleh penduduk Thaif.
Ekoran cabaran yang begitu hebat diterima, satu demi satu cabaran yang menimpa baginda SAW ditambah lagi dengan halangan yang diterima di Thaif, maka ketika perjalanan pulang dari Thaif, Nabi SAW mengadu kepada Allah SWT dengan satu doa yang begitu pilu :
“Ya Allah kepada-Mu jua aku mengadukan kelemahanku, kekuarangan penilaianku, dan kehinaanku di hadapan manusia. Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih, Engkau-lah tuhan (tempat pergantungan) bagi orang yang lemah, Engkau tuhanku, kepada siapa hendak Engkau serahkan akan diriku? Kepada orang jauh yang bermuka masam denganku atau adakah musuh yang akan menguasai urusanku? Aku tidak kisah asalkan Engkau tidak murka kepadaku, sebab sungguh teramat luas pengampunan-Mu kepadaku. Aku berlindung dengan cahaya-Mu yang menyinari segala kegelapan dan yang kerananya urusan dunia dan akhirat menjadi baik, agar Engkau tidak menurunkan kemarahan-Mu kepadaku atau murka kepadaku. Engkau-lah yang berhak menegurku sehingga Engkau redha. Tidak ada daya dan kekuatan selain dengan-Mu.”
Justeru, tahun berlakunya peristiwa Isra’ Mikrak bukan sekadar tahun kesedihan atas kewafatan bapa saudara dan isteri baginda SAW, bahkan ditambah lagi dengan keperitan dalam perjuangan iaitu penolakan kaum Thaif dakwah yang dibawa oleh Nabi SAW, dengan cara menyakiti Nabi SAW.
Peristiwa Isra’ Dan Mikraj
Isra’ Mikraj merupakan mukjizat agung yang diberikan oleh Allah SWT kepada Nabi SAW. Peristiwa ini berlaku dalam tempoh satu malam sahaja dan ditemani oleh Jibrail AS. Allah SWT menjalankan Nabi SAW dari tempat tidur baginda SAW iaitu di Mekah sehingga ke Baitul Maqdis dengan menaiki buraq, kemudian bertemu dengan para nabi yang terdahulu dan baginda mengimami solat secara berjemaah. Selepas itu Nabi SAW diangkat ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha untuk bertemu dengan Allah SWT.
Peristiwa ini berlaku dalam keadaan sedar dan Nabi SAW dibawa jalan sehingga naik ke Sidratul Muntaha dalam keadaan berjasad dan roh, bukan hanya roh sahaja. Ini merupakan pendapat majoriti ulama berkenaan mukjizat mengenai peristiwa Isra’ Mikraj.[1]
Peristiwa ini disebutkan di dalam Al-Quran pada 2 tempat iaitu :
1- Dalam Surah Al-Isra’ pada ayat yang pertama, firman Allah SWT yang bermaksud :
“Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa yang Kami berkati di sekelilingnya untuk memperlihatkan keadaanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami.”
2- Dalam Surah An-Najm pada ayat ke-18, firman Allah SWT yang bermaksud :
“Sesungguhnya ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (kebesaran dan keagungan) Tuhannya.”
Tanda-tanda yang besar di sini ialah ketika peristiwa Isra’ Mikraj. Nabi SAW telah diperlihatkan mengenai keadaan ahli-ahli syurga dan neraka. Dan Nabi SAW telah bertemu dengan Allah SWT.
Antara seksaan yang perlihatkan kepada baginda SAW yang menimpa ke atas ahli-ahli neraka ialah :
1- Balasan mengumpat. Nabi SAW melihat mereka yang melakukan dosa mengumpat di dalam neraka memakan bangkai-bangkai.[2]
2- Balasan memakan harta anak yatim secara zalim dan batil. Mereka dikenakan seksaan dengan memakan bara-bara api sehinggalah terkeluar semula bara api tersebut dari dubur mereka, dan mereka akan mengulanginya semula, sehinggalah tamat tempoh seksaan mereka atas dosa memakan harta anak yatim secara zalim.[3]
3- Dosa orang yang memakan riba’. Perut mereka dipenuhi dengan ular-ular yang hidup yang keluar masuk dari perut mereka.[4]
Dan juga dosa-dosa lain seperti zina, orang yang tidak mahu menunaikan zakat, orang yang melakukan fitnah dan tidak melaksanakan amanah dengan baik. Selain itu Nabi SAW juga diperlihatkan dengan ganjaran bagi mereka yang berjihad di jalan Allah iaitu baginda SAW melihat sekumpulan manusia yang menanam tanaman kemudian menuai dan mendapatkan hasil pada kemudian hari. Jibrail berkata :
“Mereka itulah orang yang berjihad di jalan Allah, digandakan bagi mereka pahala sebanyak 700 kali ganda.”[5]
Baitul Maqdis Diberkati
Keterikan Isra’ Mikraj dengan Baitul Maqdis menunjukkan bahawa petanda bagi kepentingan Baitul Maqdis ke atas umat Islam. Bahkan dalam Surah Al-Isra’ pada ayat yang pertama Allah SWT menyebut bahawa Baitul Maqdis merupakan tempat yang diberkati oleh Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa yang Kami berkati di sekelilingnya untuk memperlihatkan keadaanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami.”
Bahkan Baitul Maqdis menjadi tempat perhimpunan bagi para nabi di malam hari dan menyaksikan bahawa pengiktirafan ke atas Nabi SAW sebagai penghulu segala nabi dengan menjadi imam solat bagi para nabi. Justeru, ia memang tempat yang diberkati dengan mukjizat Isra’ Mikraj apabila tempat perhentian Nabi SAW sebelum dinaikkan ke langit dan juga tempat perhimpunan para nabi sejak terdahulu.
Justeru, situasi pada hari ini juga menunjukkan bahawa betapa penting dan bernilainya Baitul Maqdis dan Saidina Umar di zaman pemerintahannya menjadi orang yang pertama membebaskan Baitul Maqdis daripada jajahan Rom. Kemudian apabila Baitul Maqdis dijajah kembali oleh pihak Salib, maka Panglima Solahuddin Al-Ayubi menjadi orang yang kedua yang membebaskan Baitul Maqdis. Dan konflik pada hari ini dan tekanan yang diterima oleh rakyat Palestin yang ditindas, siapakah yang akan menjadi panglima dalam membebaskannya untuk kali yang ke-3? Maka inilah antara keberkatan yang diberikan oleh Allah iaitu dengan sentiasa mengalirnya darah syuhada di Palestin dalam jihad membebaskan Baitul Maqdis dari tangan penjajah. Benar sabda Nabi SAW yang bermaksud :
“Akan ada sentiasa satu kelompok daripada umatku yang akan memperjuangkan kebenaran, mereka tidak akan mampu disekat atau dihalang oleh orang yang membenci mereka dan kelompok tadi akan terus berjuang sehinggalah Allah menurunkan urusan-Nya.”[6]
Di dalam satu riawayat yang lain : “Di Baitul Maqdis dan sekitar Baitul Maqdis”[7]
Nilai Baitul Maqdis Terhadap Umat Islam
Dr Yusuf Al-Qardhawi menyenaraikan 5 nilai Baitul Maqdis terhadap umat Islam, iaitu :
1- Kiblat yang pertama sebelum ditukarkan kepada Kaabah menjadi kiblat bagi umat Islam berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah pada ayat ke-150.
2- Tempat berlaku peristiwa Isra’ Mikraj, serta dinyatakan bahawa Allah memberkati Baitul Maqdis dan di sekelilingnya, berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam Surah Al-Isra’ pada ayat pertama.
3- Antara 3 masjid yang mempunyai kelebihan yang besar. Nabi SAW menyebutkan di dalam hadis yang bermaksud :
“Janganlah kamu selalu pergi melancong melainkan pada 3 tempat untuk kamu ziarah iaitu Masjidil Haram, Masjid Al-Aqsa dan masjidku ini (Masjid An-Nabawi)”[8]
4- Tanah bagi para nabi. Kisah para Nabi yang pergi ke Palestin (Baitul Maqdis di dalam Palestin), seperti Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan pengikutnya apabila diselamatkan daripada Firaun dan tenteranya, dan Nabi Sulaiman. Kesemua kisah yang dipaparkan dalam Al-Quran menyebut mengenai tanah yang diberkati yang merujuk kepada Palestin. Rujuk Surah Al-Anbiya’ pada ayat ke-71dan 81, Surah Al-A’raf pada ayat ke-137 dan Surah Saba’ pada ayat ke-18.
5- Tanah jihad. Hal ini berdasarkan kepada Sabda Nabi SAW yang bermaksud :
“Akan ada sentiasa satu kelompok daripada umatku yang akan memperjuangkan kebenaran, mereka tidak akan mampu disekat atau dihalang oleh orang yang membenci mereka dan kelompok tadi akan terus berjuang sehinggalah Allah menurunkan urusan-Nya.”[9]
Di dalam satu riawayat yang lain : “Di Baitul Maqdis dan sekitar Baitul Maqdis”[10]
Perjuangan Ke Baitul Maqdis Masih Belum Berakhir
Hari ini umat Islam masih lagi menanti panglima sebagaimana Umar Al-Khattab dan Solahuddin Al-Ayubi yang berjaya membebaskan Baitul Maqdis dari jajahan musuh. Selepas mereka, siapakan yang akan muncul bagi membebaskannya buat kali ke-3? Perjuangan masih berterusan sehingga hari kiamat sebagaimana janji Nabi SAW dalam hadis baginda SAW.
Justeru dalam memperingati Isra’ Mikraj ini, kita dapat simpulkan beberapa perkara yang boleh diambil agar kita meneruskan perjuangan Islam terutama terhadap kewajipan membebaskan Baitul Maqdis ialah :
1- Mehnah dan tribulasi dalam perjuangan Islam merupakan asam garam dalam dunia perjuangan. Nabi SAW juga diuji bahkan lebih berat daripada kita. Maka tidak perlu bersedih dengan mehnah dan tribulasi, apa yang pasti kita merupakan makhluk yang mulia di sisi Allah sekira kita beriman walau dicerca dan dicaci. Firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran : 139 yang bermaksud :
“Jangan kamu berasa hina dan sedih, kamu lebih tinggi (mulia) sekiranya kamu benar-benar beriman.”
2- Perjuangan memerlukan pengorbanan dan semangat juang yang tinggi. Seruan Islam tidak menjanjikan kemewahan dan mempunyai tempoh yang diketahui. Halangan dan tentangan manusia terhadap seruan Islam merupakan suatu kepastian, kerana mereka masih belum mengetahui. Namun perjuangan tidak boleh dihentikan. Firman Allah SWT dalam Surah At-Taubah pada ayat ke-42 :
“Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperolehi dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, akan tetapi ia tempoh yang berpanjangan dan pasti menerima kesusahan.”
3- Allah SWT tempat pergantungan kita dalam perjuangan. Doa merupaksan senjata umat Islam. Nabi SAW berdoa dengan sayu ketika pulang dari Thaif. Inilah perbezaan perjuangan Islam dengan perjuangan taghut. Firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa’ pada ayat ke-104 :
“Sekiranya kamu merasa sakit sesungguhnya pihak musuh juga merasai kesakitan sebagaimana kamu merasai sakit, dan kamu mengharapkan Allah sedangkan mereka tidak mengharapkan.”
4- Kita merupakan rantai dalam perjuangan yang membawa perjuangan Islam yang diwarisi daripada pejuang-pejuang terdahulu. Pejuang dahulu juga telah merasai keperitan dan telah berkorban demi perjuangan yang suci ini. Begitulah apabila Nabi SAW dalam tahun kesedihan maka Allah mempertemukan baginda SAW dengan para nabi yang lain agar baginda SAW tidak merasai keperitan baginda SAW bukan hanya baginda SAW yang merasai namun ia juga dirasai oleh para nabi yang terdahulu dalam menegakkan Islam. Firman Allah SWT dalam surah Al-Ahzab pada ayat ke-23:
“Di antara orang yang beriman tersebut ada orang yang telah menepati apa yang mereka telah janjikan kepada Allah, maka di antara ada yang telah gugur. Dan di antara mereka ada yang masih menanti (syahid) dan mereka tidak mengubah (janji-Nya untuk berjuang di jalan Allah).”
6- Perjuangan tidak pernah berhenti dan tamat. Pergolakan yang berlaku di dunia yang menyaksikan umat Islam ditindas merupakan satu kewajipan yang mesti dilaksanakan bahawa perjuangan Islam tidak pernah berhenti. Islam terus diperjuangkan sehinggalah manusia kembali kepada Allah iaitu sehingga hari kiamat. Sabda Nabi SAW yang bermaksud :
“Akan ada sentiasa satu kelompok daripada umatku yang akan memperjuangkan kebenaran, mereka tidak akan mampu disekat atau dihalang oleh orang yang membenci mereka dan kelompok tadi akan terus berjuang sehinggalah Allah menurunkan urusan-Nya.”[11]
Wallahu a’lam…
Disediakan oleh :
‘Izzati Farhana bt Mahadzir
Penasihat HEWI PMRAM 2012
Rujukan :
1- As-Sirah An-Nabawiyah, oleh Dr Ali As-Solabi, cetakan Dar At-Tauzik Wa An-Nasyr
2- Fiqh As-Sirah, oleh Dr Muhamad Said Ramadhan Buthi, cetakan Dar As-Salam
3- Al-Quds Qadhiyah Kulli Muslim, oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi, cetakan Maktabah Wahbah
[1] Imam Nawawi dalam syarahnya ke atas Sahih Muslim, m/s 390 dan Ibnu Hajar dalam kitab Fathul Bari
[2] Al-Fath Ar-Rabbani m/s 255
[3] Fathul Bari jilid 8 m/s 200
[4] Tafsir Ibnu Kathir, jilid 4 m/s 274
[5] As-Sirah An-Nabawiyah, oleh Dr Ali As-Solabi, m/s 278
[6] Bukhari dan Muslim
[7] Riwayat Abdullah bin Ahmad di dalam Musnad Ahmad
[8] Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurairah dan Abi Sa’id AL-Khudri
[9] Bukhari dan Muslim
[10] Riwayat Abdullah bin Ahmad di dalam Musnad Ahmad
[11] Bukhari dan Muslim

♥Ya Allah...Layakkah Aku disisiMu? ♥



          Salamun alaik..Alhamdulillah hari ini masih lagi diberi peluang untuk bernafas dengan RahmaTnya,Subhanallah..Sungguh..saat ini ana keliru dengan perasaan sendiri..entah apa yang bermain difikiranku..Apepun.,moge Ttetap tsabat di jalanNya..insya Allah..Taubat?Ana harap dapat sentiasa melafazkan kalimah pengampunan kepadaNya setiap detik..setiap minit dan insya Allah setiap mase.Ya Allah..teguhkan keimananku dalam menghadapi segalanYa..Allah..Allah..Allah..Jangn pernah Kau tinggalkan aku sendirian...

Izinkan ku ucap kata tobat sebelum Kau memanggilku..
Kembali pada-Mu, menutup waktuku 
Izinkan kuserukan nama-Mu sebelum nyawa dalam tubuhku
Kau ambil, kembali pada-Mu
Kar’na kutahu, hanyalah pada-Mu
Tempatku mengadu, tempatku mengeluh
Di dalam do’aku…

Dan demi nafas,
yang telah Kau hembuskan dalam kehidupanku
Ku berjanji ku akan menjadi yang terbaik
Menjalankan s’gala perintah-Mu

Menjauhi s’gala larangan-Mu
Adalah sebaris do’aku untuk-Mu

"Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat; aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku"...- Ustaz Asri Rabbani

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..." (Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman)

"Berbahagialah orang yang telah sempurna cinta kepadaNYA.Kesempurnaan cintanya itu ialah kerana ia menginsafi tanasub(persesuaian), batin antara dirinya dengan Allah."

Bila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita diperkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia![Ustaz Pahrol]

"Apa pun yang (kenikmatan) yang diberikan kepadamu, maka itu adalah kesenangan hidup di dunia. Sedangkan apa (kenikmatan) yang ada sisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman, dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal." (As Syura : 36)

"Demi Allah, dunia ini di akhirat kelak hanyalah seperti air yang melekat pada jari telunjuk salah seorang dari kamu yang dimasukkan ke dalam samudera luas. Oleh itu hendaklah dia merenungi bekalan apakah yang hendak dibawa untuk menghadap Tuhannya." (HR. Muslim)

"Marah adalah salah satu di antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya." (Imam Syafie)

" Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka,sebuah Kitab (alQuran) yang Kami telah menjelaskannya satu persatu berdasarkan pengetahuan (Kami yang meliputi segala-galanya), untuk menjadi hidayah petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang (mahu) beriman. "(al A'raaf : 52 )

Kebahagiaan itu sebenarnya ialah pada mereka yang boleh bersyukur & bersabar. Bersyukur atas nikmat & bersabar atas ujian. Bersyukur atas kesenangan & bersabar atas kesusahan. (Susah itu tarbiyyah..Sabar itu indah)

"Taubat itu seperti perahu yang dilengkapi semua perlengkapan dan perbekalan, serta dikemudikan oleh pelaut yang mahir. Perahu taubat itu berlayar mengharungi lautan keagungan Allah, layarnya adalah cinta yang dalam kepada-Nya, terbentang ditiup angin nan lembut, iaitu angin kerinduan hamba kepada-Nya."(Al-Imam Al-Hakim Al-Tirmidzi r.a.)

Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)

Moge Allah kasih pada Hamba yang lemah ini.Ana tak layak bergelar solehah.lagi tak layak untuk digandingkan dengan lelaki soleh..Apepun..ana harap dapat yang terbaik dalam mengejar redhaNya..insya Allah..Barakallah..

♥Tarbiah dirimu dengan “Husnu Dzhon” (bersangka baik)♥




Assalamualaikum..ape khabar jiwa yang menagih setiaNya..apakah masih terus istiqamah dalam memperjuangkan syariatNya?moge yang terbaik dan kasih Allah sentiase mengiringi kalian semua.insya Allah..

Alhamdulillah,hari ini..pada detik ini,ana masih lagi diberi peluang untuk menitipkan nasihat khususnya buat diri ana yang dhaif dan rakan seperjuangan ana..Ana sayang kalian kerna Allah..akan ana bawa dan bimbing kite same-same menuju kesyurgaNya..Barakallah..!Moge dapat ibrah apa yang ana cbe sampaikan dan kongsikan sedikit ilmu..

Tajuk nie simple je tapi susah untuk diamalkan..betul tak? Bersangka baikla!Berikut adalah tips yang disarankan Syeikh Abdul Kadir Al-jailani untuk sentiase bersangka baik sesame insan:

 1-jika engkau bertemu dengan seseorang,maka yakinilah bahawa dia lebih baik daripadamu.ucapkanlah dalam hatimu: “mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih mulia”.

2-jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu): “anak ini belum bermaksiat kepada Allah,sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik daripadaku.”

3-jika bertemu orang tua,maka ucapkanlah (dalam hatimu):”dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama daripadaku,tentu dia lebih baik daripadaku.”

4-jika bertemu dengan seseorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): “orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperoleh,mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai,mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya. Tentu dia lebih baik daripadaku.”

5-jika bertemu dengan seorang yang jahil, maka katakanlah (dalam hatimu):”orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia jahil (tidak tahu),sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.Aku tidak tahu agaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik daripdaku.”

6-jika bertemu dengan orang kafir,maka katakanlah(dalam hatimu):”aku tidak tahu bagaimana keadaanya kelak, mungkin pada akhir usia dia memeluk islam dan beramal soleh,dan mungkin boleh jadi pada akhir usiaku kufur dan berbuat buruk..”


 Wahai sahabtku,seperjuanganku dalam meniti jalan daie ini..Demikianlah antara ajaran yang dititpkan oleh seorang ulama yang masyhur yang juga disebutkan sebagai penghulu segala wali. Beliau mengajar diri kita agar cuba memujuk diri sendiri dengan kalam-kalam yang baik..

Ana berharap..setiap perkara yang kite cuba lakukan,letakkan nafas bersangka baik dalam rohanimu..jadikan ia satu ibadah yang memberi suatu nikmat yang besar dalam jiwamu untuk membawa kesyurgA yang abadi..Barakallah..

~tegur ana jika ana terleka~
~tegur ana jika ana terlupa~
~tegur ana jika ana terkhilaf~
~tegur ana jika ana terabai~
~tegur ana jika ana tersimpang~

Ana tak mampu nak berjihad seperti Siti khadijah dalam mengorbankan hartanya untuk islam..Ana tak mampu sehebat serikandi zainab..ana tak mampu setabah Siti Asiah,,ana tak mampu secantik Siti Aisyah..ana tak mampu nak sehebat iman dan kecintaan Rabiatul Adawiah yang menyerahkan hatinya untuk Rabb..tapi insya Allah..akan ana aplikasikan smua ilmu yang ana pelajari dalam mentarbiah diri ana sesuai sebagai mujahidah yang kritis..insya Allah..Biiznillah..Allahuakbar!..Moge Allah kasih..(^_^)salam muhasabah bersama khususnya buat diri ana yang terlalu jauh dari kasihNya.MAsya Allah

Tuesday, June 5, 2012

♥ Ganjaran Solat Subuh ♥


RASULULLAH SAW bersabda maksudnya:
“Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)
Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta’arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari. Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.
Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.
Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau ‘Subuh gajah’, iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.
Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.
Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis:
“Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).”(Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)
Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.
Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT. Allah SWT berfirman maksudnya:
“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)
Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi:
“Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”
Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh? Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?
Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim)
Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.
Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari)
Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.
Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata,
“Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)
Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.
Sumber: http://saifunnizam.blogspot.com/
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.