قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ ثُمَّ لَآتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ ۖ وَلَا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ
"Ia (iblis) berkata: 'Disebabkan karena Engkau telah menyesatkan saya, aku benarbenar akan duduk (menghadapi) mereka di jalan Engkau yang lebar lagi lurus. Kemudian, aku pasti akan mendatangi mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur." (QS al-A'raf: 16-17).
Apa yang pernah saya tadabbur daripada ayat ini adalah serangan yang tidak putus-putus daripada pasukan tentera syaitan/iblis. Nak katakan bahawa Iblis akan pasti mendatangi kita dengan tujuan untuk beri kita rasa putus harap, risau dengan masa depan dan semestinya untuk kita jauh terpesong daripada jalan Allah.
Kalau Iblis cuba untuk menyerang manusia dari arah depan (dia akan membuatkan kita risau dengan future kita, apa yg akan berlaku dengan kehidupan kita nanti in future, kerja,anak2, and so many on) sehingga membuatkan kita rasa down dan putus asa dan putus harap. Kalau Iblis/syaitan tak dapat attack kita melalui depan (sebab kita percaya dn yakin taqdeer Allah), dia takkan pernah putus asa. Dia mula attack kita dari belakang (iaitu masa lalu kita)- masa lalu yang kalau boleh kita mmg nak bertaubat dah dan takmau lakukan lagi. Tapi disitulah ada pintu kelemahan kita, maka syaitan/iblis tadi akan serang kita lagi. Mulalah dia berbisik, "Alah, kau tu dulu bukannya baik sangat", "Tak payahlah nak nasihat orang, kau fikir kau tu perfect sgt ke?"- itu hanyalah contoh, dimana ia akan membuatkan kita rasa useless dengan diri dan ingin mencederakan diri. Sekiranya seseorang itu dapat menepis godaannya dari depan & belakang, pastinya syaitan itu akan selalu mencubanya dari penjuru kanan & kiri pula iaitu membisikkan kita tentang dosa-dosa kita, dosa yang pernah kita lakukan spt mengumpat, menyebarkan fitnah dan sbgnya. Bukan itu saja, kebaikan yang kita telah / sedang lakukan, syaitan akan membisikkan pada kita sehingga timbul perasaan riak. "Baguslah kau. Sambil menderma, ambil gambar dan post dalam instagram. biar ramai yang tengok!"-contoh.
Nak katakan bahawa, syaitan/iblis will never give up to seduce/attract people to do wrong. Kalau adanya manusia yang berbuat baik sekalipun, dia akan attack kita dengan kebaikan kita dengan wujudnya perasaan riya' dan 'ujub,bangga diri. Na'udzubillahi min dzaliik. Bahaya kan? That;s why kita kena selalu minta perlindungan dari Allah daripada bisikan-bisikan halus ini.
Teringat saya tentang cara nak tepis godaan syaitan/iblis ini. Tadi kita ada sebutkan bahawa syaitan/iblis akan serang kita melalui 4 penjuru iaitu KANAN,KIRI,DEPAN & BELAKANG. Tapi ada dua cara yang boleh kita ikhtiarkan untuk tepiskan godaan syaitan iaitu melalui ATAS & BAWAH. Kenapa ATAS & BAWAH? Melalui penjuru ATAS, dimana kita menadah tangan ke atas dengan meminta pertolongan dan perlindungan semata-mata dari Allah sahaja. Untuk penjuru BAWAH, dimana kita akan bersujud, menyembah kepada Tuhan Yang Esa iaitu ALLAH! Dalam sujud kita, banyak perkara yang kita minta dan dimana permintaan kita sangat dekat dengan ALLAH. Memohon perlindungan daripada Allah daripada perkara-perkara yang tidak elok. Allah sajalah tempat kita berlindung!
In shaa Allah, sekiranya kata-kata yang saya tuliskan diatas ada kelemahannya dan kesilapan, mohon ditegur dan dibaiki. Okaylah, itu saja yang saya nak luahkan. Walaupun perasaan saya tidaak begitu tenang sikit harini, tapi yakinlah put your trust in Allah. Taqdeer yang Allah tetapkan bukan lah satu perkara yang buruk malah Allah nak bagi improvement dalam diri kita. At the end, we can see the hikmah yang Allah nak tunjukkan pada kita. Tari nafas dan hembus. Bismillah, jalan!