Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
I'm a Muslim Girl
Annyeong Haseyo! Selamat Datang ke "I'm A Muslim Girl"'s Blog Semoga Pengisian yang Bermanfaat Untuk Semua! Smile Always :)

Thursday, January 14, 2016

Kawan

Kawan,
Andai kau rasa diriku ini tidak berguna,
lepaskan aku.
lepaskan aku dari sengsara
lepaskan aku dari segala sengketa
lepaskan aku dari segala duka
lepaskan aku dari terus tersiksa.

Kawan,
Andai kau tahu,
Selama ini ku anggap dirimu sebagai permata,
permata yang teramat berharga,
Berbagai rintangan telah kita lalui bersama,
tapi kau tak endahkan.
Aku cuba menepis segala prasangka.
malangnya ia semakin membara.

Kawan,
Aku insan biasa,
memang manusia tidak sempurna,
tapi tolong,
tolong hargai seseorang di depan mata.
selagi ia masih bernyawa.
Nukilan NFG


Sunday, January 3, 2016

Nukilan sikettt hari nieyy(1st entry in 2016)

Andai engkau hadir tanpa dipinta,
aku terima dengan seadanya,
Aku hanya insan yang lemah,
tatkala suratan takdir menentukan ia.
Aku cuba untuk menjaga pandangan,
tapi bisikan itu menegahnya.
Aku ingin meluahkan isi hati yang terbuku ini,
tapi aku malu.
Aku pendam.
Aku menjadi angau dek indahnya dilamun cinta.
Malangnya,
ia hanya seketika.
Benarlah Allah itu Tuhan yang Mengawasi,
Maha Melindungi.
Setiap yang indah telah menjadi gundah.
Segala keaiban yang terselindung telah ditunjukkan kepadaku.
Bukan untuk mengaibkan,
tapi sebagai satu kesedaran.
Agar aku berfikir.
Siapakah yang lebih layak untuk diingati selalu.
Manusia- insan yang membuatmu sering terluka dan tidak pernah tahu apa yang sedang kamu rasakan?
atau
Allah- Tuhan yang sentiasa mengawasimu dan sentiasa ada dikala diri diperlukan?
Siapa yang layak diingati selalu? 
Atau
Manusia diperlukan pada waktu kau senang
Dan
Allah diperlukan pada waktu kau berduka?
Adakah itu yang terbaik yang kau rasakan?
Sayang.
Amatlah rugi jika kau hanya meletakkan Allah disaat kau berduka sahaja.
Aku selalu terfikir,
 "Kenapa aku terlalu menanti cinta dari manusia."
Sedangkan ada cinta yang lebih agung telah menantimu untuk mendekatimu.
Adakah kau sedar?
Aku bersyukur.
Di kala aku alpa dari mengingatiNya,
Dia sudi menegur kesilapanku.
Walau perit untuk menerima ketentuan ini,
Dia memberi peluang untuk aku dekatiNya.
Pada mulanya untuk aku menerima ketentuan ini amat menyakitkan.
Aku tahu.
Allah tak akan pernah menyia-nyiakan hidup hambaNya.
Dia ingin menunjukkan kebenaran padaku.
Aku bersyukur doaku Allah kabulkan.
Setiap masa aku berdoa agar Allah tunjukkan aku jalan yang benar.
Dan jauhilah aku dari segala kebatilan yang tidak pernah aku tahu.
Wahai sahabat,
Andai hatimu sedang terluka,
Jangan pernah lupa pada Yang Esa.
Dikala manusia tidak mengerti perasaanmu,
Ingatlah ada yang sangat mengertimu.
Berdoalah padaNya.
Tika manusia menyakitimu,
Dekatkanlah dirimu padaNya.
Dia lebih mengenalimu sebenar-benarnya.
Wahai sahabat,
Walau ketentuan ini perit untuk dilalui,
Ingatlah,
Ada yang lebih perit yang dilalui oleh manusia di luar sana.
Bersyukurlah atas segala nikmat yang dikurniakan Allah kepadamu.
Yakinlah padaku,
Allah tidak pernah akan menyia-nyiakan hidupmu.
Keyakinan itu benteng umat Islam.
Percayalah.
Nukilan: NFG


Dekatkan dirimu kepada Allah. Alaa, kau boleh je luangkan masa ber'date' dengan BF/BFF/GF, apa kata kau plan masa untuk ber'date' dengan sang Pencipta di 1/3 malam. Baru SWEET. Luahkan apa yang kau pendam kepadaNya. Dia sangat mencintai hamba-hambaNya yang meluahkan isi hati yang terbuku kepada Dia sahaja. Kau tak rasa sweet ka? Malam-malam beb , tak ada orang kecuali kau dengan si Dia (ALLAH). Line Clear. Allahu. Serious talk. Cubalah bangun tahajjud 1/3 malam. Aku yakin kau akan dapat ketenangan bersamaNya. Beruntunglah manusia yang menjaga kewajipannya dan menjaga solat malam mereka. Allahu. Apa2 pun aku nak kata yang aku, Alhamdulillah, bersyukur dengan cinta yang Allah berikan. Cinta Allah mengatasi segala-galanya. Terima Kasih Ya Allah kerna sentiasa ada di sisi kami di kala manusia lain mengabaikan kami. Maaf salah dan silap tutur kata, harap dimaafkan. #SisKuat #SisNakNangessss

Wassalam. Have a good life lillahi ta'ala.




 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.