Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
I'm a Muslim Girl
Annyeong Haseyo! Selamat Datang ke "I'm A Muslim Girl"'s Blog Semoga Pengisian yang Bermanfaat Untuk Semua! Smile Always :)

Tuesday, April 29, 2014

Buatmu Para Gadis dan Wanita

 Mohon kepada gadis-gadis dan juga para wanita baca post ni sampai habis .!

Saat memandang kain sempit mu , seluar ketat mu , baju sendat mu , tudung singkat mu , solat dan ibadahmu , Aku ingin sekali menegurmu . Namun Sering saja terkaku . Rasa tak mampu . Kerana merasa diri bukanlah insan yang terbaik untuk menegur . jauh di sudut hati terasa bimbang , Aku bimbang di akhirat kelak Kau akan mempersoalkan aku . 
" KAU SAHABAT AKU , KENAPE KAU TAK TEGUR AKU DULU ? , KAU MEMANG SENGAJA NAK AKU KE NERAKA KAN ? , KAU SENGAJA TANAK AKU BAHAGIA MASUK SYURGA SENDIRIAN KAN ? AKU KURANG ILMU AGAMA , TAPI KAU TINGGI ILMU AGAMA ! MANA AJARAN AGAMA KAU TOO ? KENAPA KAU TAK GUNA UNTUK BANTU AKU ? KAU TUNGGULAH DI AKHIRAT KELAK . AKU KAN AKAN TARIK KAU KE NERAKA SEBAB KAU TAK TEGUR AKU " . 

Allahu . Sahabat , Begini lah cara aku menegur mu Dengan post kecil ini . Hari ini Sekurang - kurangnya Bila aku di soal Dia di akhirat nanti Tentang apa yang aku lakukan untuk sahabatku ,

 Aku boleh jawab bahawa 

" AKU TELAH MENEGUR MEREKA DENGAN POST KECIL KU INI DAN DENGAN SELEMAH LEMAH IMAN AKU IAITU MENDOAKAN MEREKA DARI JAUH "


Sumber dari Facebook by Ukhti kita Syazana Abu Bakar

Saya pun nak tegur juga tapi dengan cara berkongsi status tersebut saje..Maaf sebab sy x pandai bermadah hanya doa sahaja yang dapat dipanjatkan..:)


#Kalau ada salah dan silap @ terkasar bahasa harap dimaafkan dan ditegur..TQ






Aku Nak Bertaubat!

Hari ini saya nak kongsikan beberapa gambar yang berkaitan dengan 

"TAUBAT"

Tak mo cakap2 panjang sangat..Letih! :)




"Ya Allah Ampunilah Daku dan Terimalah Taubatku"








Jom Baca sama2 :)



Setakat itu dululah pertemuan kita..haha

#sorry_kalau_gambar_tu_tak_de_kene_mengena_dengan_topik_kita_hari_ini

and

"TQ FOR WATCHING!!"



Tuesday, April 22, 2014

"Tuhan Tuan-Tuan Semua Berada Di Bawah Tapak Kaki Saya"

SYEIKH ABDUL QADIR JAILANI berkata: 
"Ketahuilah bahawa agamamu akan hilang disebabkan 4 perkara:
1.Kamu tidak mengamalkan apa yang telah kamu ketahui
2.Kamu mengamalkan apa yang tidak kamu ketahui
3.Kamu tidak mahu berusaha mengetahui apa yang tidak kamu ketahui,
sehingga tetap bodoh
4.Kamu melarang manusia untuk berusaha mengetahui apa yang
mereka tidak mengetahuinya

Ada sebuah kisah yang berlaku kepada Syeikh Abdul Qadir Jailani. Dia didatangi oleh pemuka-pemuka kota Baghdad untuk diajak bersama dalam satu majlis ibadah malam secara beramai-ramai. Dia menolak tetapi pemuka-pemuka tersebut berkeras juga mengajak beliau hadir. Untuk dapat berkat, kata mereka. Akhirnya, dengan hati yang berat, Syeikh Abdul Qadir bersetuju untuk hadir.

Pada malam berkenaan, di satu tempat yang terbuka,beratus-ratus orang hadir dengan melakukan ibadah masing-masing. Ada yang bersolat. Ada yang berwirid. Ada yang membaca Quran. Ada yang bermuzakarah. Ada yang bertafakur dan sebagainya. Syeikh Abdul Qadir duduk di satu sudut dan hanya memerhatikan gelagat orang-orang yang beribadah itu.

Di pertengahan malam, pihak penganjur menjemput Syeikh Abdul Qadir untuk memberi tazkirah. Dia cuba mengelak tetapi didesak berkali-kali oleh pihak penganjur. Untuk dapat berkat, kata mereka lagi. Akhirnya dengan hati yang sungguh berat, Syeikh Abdul Qadir bersetuju.

Tazkirah Syeikh Abdul Qadir ringkas dan pendek sahaja.Dia berkata:
“Tuan-tuan dan para hadirin sekelian. Tuhan tuan-tuan semua berada di bawah tapak kaki saya.”

Dengan itu, majlis terkejut dan menjadi gempar dan riuh rendah. Para hadirin terasa terhina dan tidak puas hati. Bagaimanakah seorang Syeikh yang dihormati ramai dan terkenal dengan ilmu dan kewarakannya boleh   berkata begitu terhadap Tuhan mereka. Ini sudah menghina Tuhan. Mereka tidak sanggup Tuhan mereka dihina sampai begitu rupa.

Mereka sepakat hendak melaporkan perkara itu kepada pemerintah. Apabila pemerintah dapat tahu, diarahnya kadhi untuk menyiasat dan mengadili Syeikh Abdul Qadir dan jika diadapati bersalah, hendaklah dihukum pancung.

Pada hari pengadilan yang dibuat di khalayak ramai,Syeikh Abdul Qadir dibawa untuk menjawab tuduhan.
Kadhi bertanya, “Benarkah pada sekian tempat, tarikh dan masa sekian, Tuan Syeikh ada berkata di khalayak ramai bahawa tuhan mereka ada di bawah tapak kaki Tuan Syeikh?”

Dengan tenang Syeikh Abdul Qadir menjawab, “Benar, saya ada kata begitu.”

Kadhi bertanya lagi, “Apakah sebab Tuan Syeikh berkata begitu?”

Jawab Syeikh Abdul Qadir , “Kalau tuan kadhi mahu tahu, silalah lihat tapak kaki saya.”

Maka kadhi pun mengarahkan pegawainya mengangkat kaki Syeikh Abdul Qadir untuk dilihat tapak kakinya. Ternyata ada duit satu dinar yang melekat di tapak kakinya. Kadhi tahu Syeikh Abdul Qadir seorang yang kasyaf.

Fahamlah kadhi bahawa Syeikh Abdul Qadir mahu mengajar bahawa semua orang yang beribadah pada malam yang berkenaan itu sebenarnya tidak beribadah kerana Tuhan. Tuhan tidak ada dalam ibadah mereka. Hakikatnya, mereka tetap bertuhankan dunia yang duit satu dinar itu menjadi lambang dan simbolnya.

Kalau di zaman itu pun manusia sudah hilang Tuhan dalam ibadah mereka, apatah lagi di zaman ini. Itu dalam ibadah. Kalau dalam hidup seharian, sudah tentu Tuhan tidak langsung diambil kira.

Wallahualam Bissawab...
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.