Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
I'm a Muslim Girl
Annyeong Haseyo! Selamat Datang ke "I'm A Muslim Girl"'s Blog Semoga Pengisian yang Bermanfaat Untuk Semua! Smile Always :)

Wednesday, December 23, 2015

Ya Rasulallah



Wahai Rasulullah,Tika ini, jika engkau hadir bertamu,Mungkin mengalir deras airmatamu,Dek kesayuan mengenang umatmu,Terlalu jauh dari Allah dan risalahmu,
Wahai Rasulullah,Nafsu kini menjadi tuhan,Harta dan pangkat menjadi sembahan,Melalaikan segala arahan & janji ketuhanan,Ibadah dirasa berat tidak tertahan,Al Quran bukan lagi panduan kehidupan.
Wahai Rasulullah,Kedamaian rumahtangga semakin hancur,Sikap curang semakin subur,Peranan ibubapa kian gugur,Ketaatan anak-anak turut melebur,‘Barah' di dalam keluarga menjadi parah,Akibat solat yang tiada berarah,Amat jauhlah keikhlasan ibadah
Wahai Rasulullah,Kami tidak mahu lupai jasa & kesukaranmu,Namun ramai mendustakan ajaranmu,Harta kini lebih dicintai dari cintamu,Cinta Allah & Rasul menjadi lafaz kaku,Seperti khayalan yang nyata palsu,
Wahai Rasulullah,Dosa kami ibarat lautan tidak berpenghujung,Namun dirasa umpama lalat di hujung hidung,Hinggapnya hanya sebentar,Bila ditepis ia tidak lagi berkunjung...Taubat kami kurang kekesalan,Tiada penghayatan, tiada keinsafanHati kian berkarat, dipenuhi dosa tanpa Nur Tuhan,Anehnya, kami masih merasa layak ke syurga idaman,
Wahai Rasulullah,Aurat wanita tercemar kian,Berbangga ditayang & dihias berlebihan,Ditagih penghargaan dan kalam pujian,Tidak dipeduli murka Tuhan,Bapa & suami dayus suatu kebiasaan,Cuaikan amanah ketua keluarga lantikan tuhan,
Wahai Rasulullah,
Bersamamu, kami merindui kehidupan,
Namun adakah diri ini punyai kelayakan,
Dibanding sahabat, tabien & solihin yang beriman,
Dimanakah tempat kami di sisi insan kesayangan Tuhan,
Dipohon syafaatmu duhai kekasih pilihan,
Wahai Rasulullah,Belas Allah kami harapkan,Moga, tatkala menjelang kematian,Jiwa yang sejahtera dapat kami hamparkan.

Nukilan
Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Monday, December 21, 2015

Road to Final



Fuhhh.. bole tahan lama jugak aku tak update entry ni. Haha. Ala baru je beberapa minggu. Hmmm final exam dah dekat. Bersediakah kau wahai si fulanah binti fulan? haha. So scary. Nak buat camne. Nasib arr. Ya Allah, apa dah nak jadi pada diri hamba ni. ;(

Alhamdulillah. Baru lepas habis makan cendol. Sedapnye. Dari semalam lagi aku terliur. Alhamdulillah. Sedap sampai licin aku hirup. Seriously sedap. Tak tipu. Penggemar cendol tahula apa yang aku rase. wowwwwww!!! Nak lagiiii.

Dahla xnak tulis banyak2 malam2 ni. Penat. Dahla td sakit perut. Ya Allah, sakitnya memang tak terperi. Okayla.. Sekurang2nya aku sedar diri sikit. Mungkin kifarah dari Allah. Wallahu a'lam. 

Aku nak minta doa kalian untuk doakan aku dan kawan2 yang lain yang bakal menduduki final exam dan siapa2 je yg ade exam either iv ke ape, doakan kami dilapangkan dada untuk menjawab soalan nanti. In shaa Allah. Ameen,,, Dan aku doakan sesiapa yang doakan yang terbaik untuk kami, Semoga Allah membalasmu sepertimana kamu mendoakan kami dan saudara islam yang lain. In shaa Allah. Ameen..

Jazakumullahu khoir. 

The end for semester 1 session 2015/2016
#roadtofinal
#praythebestforus
#TQ


Sunday, November 29, 2015

Kematian itu Pasti



Assalamu'alaikum.. 

Kematian itu akan datang pada bila-bila masa sahaja.Tak kira masa dan tempat. Sesuatu yang bernyawa pasti akan merasai kematian. Bagaimana agaknya kematian yang bakal menjemput kita? Adakah ketika itu kita sedang dalam keadaan yang alpa? Terkejarkan kehidupan duniawi sehingga melupakan kehidupan ukhrowi? Allahu. Atau kematian kita akan berakhir dengan husnul khotimah dan mengakhiri kalam kita dengan dapat menyebut kalimah yang sangat suci, LA ILAHA ILLALLAH. Ameen!!!! Allahu Robbi.



Semalam aku diizinkan Allah untuk menonton satu video yang berkaitan dengan kematian. Sakitnya sakaratul maut akan dirasa oleh setiap benda yang bernyawa. Aku pernah terfikir, "Ustaz kata sakaratul maut itu sakit tetapi kenapa aku tengok orang yang hampir mati itu nampak mudah je meninggal?". Allahu Robbi. Jahilnya aku. Aku malu dengan Allah. Tetapi persoalan itu sentiasa bermain di fikiran aku. Aku nak sangat sangkalkan semua permainan yang sedang berada di fikiran. Allah lebih Mengetahui segalanya. Allah bagi aku terjumpa dengan sebuah video untuk menjawab segala pertanyaan aku selama ni. KIta yang lihat memang nampak mudah tetapi yang merasai kematian saat itulah yang merasakan kesakitannya. Dan sudah pastinya aku akan merasainya jua nanti. Allahu. Aku sedih dengan diri aku. Ilmu akhirat aku masih kekurangan. Aku malu dengan Allah. Tapi aku bersyukur kerana Dia sentiasa membimbing aku dikala aku kekeliruan. Allah sayangkan semua hambaNya. Allah tak pernah memilih untuk membantu dan memakbulkan doa hamba-hambaNya tak kira warna kulit, cantik ke tidak, Dia tak pernah melihat semua itu sebab Dialah Sang Pencipta seluruh makhluk yang berada di bumi mahupun di alam semesta. Dialah Allah, Tuhan yang berhak disembah,dipatuhi dan ditakuti.



Semalam, aku tertidur awal sebab kepenatan berjalan-jalan di sekitar KLCC. Lepas tu aku terjaga pada pukul 2: 30 pagi. Instinct kata suruh buka instagram. Aku pun cuba buka, kemudian aku ternampak satu pos dari seorang artis Malaysia yang mengatakan, "Al Fatihah Pak Yus aka Yus Jambu.." Lebih kurang cam ni la ayat dia. Aku pelik. Sebab aku tak pernah dengar yang Yus Jambu ni ada masalah kesihatan sebelum ni. Dalam hati aku kata ni mesti main-main ni. Mesti ada maksud lain daripada yang aku sangkakan. Lepas tu aku search instagram Yus Jambu, dan aku tengok latest status dia 7hour ago. Dan aku bisik dalam hati, "Laa mana ada apa-apa. Ok je yus ni." Lega. Lepas tu aku tertengok dekat comment status tersebut dan aku ternampak ramai yang komen, "Al Fatihah, Moga ditempatkan dalam kalangan yang beriman." Aku bisik dalam hati,"Haa??? Kenapa ni? Aku rasa Yus Ok je." Then, lepas aku scroll status-status kat insta, aku ternampak satu status #repost dari rakan seperjuangan Yus iaitu Tauke yang menyatakan bahawa Yus mengalami sesak nafas dan dikejarkan ke hospital. Dan dikatakan jua bhawa Yus Jambu telah kembali ke Rahmatullah. Hati aku rasa sedih sangat. Aku tak tahu kenapa. Sebab selama ni, aku sangat suka kumpulan Jambu disebabkan Yus, Dan aku nampak sangat bahawa dia seorang yang bersungguh-sungguh dan seorang yang rilex dlam menyampaikan komedi. Aku pernah menyaksikan satu program tv dimana Yus menjadi salah satu pesertanya. Aku selalu terhibur dengan gelagatnya dan yang paling aku kagum dengan dia, dia sanggup korbankan kemenangan dia demi kawan dia yang juga pelawak tanah air. Dari situ, aku nampak kebaikan dia. Wallahu a'lam. Semoga Allah membalas segala kebaikanmu di sana nanti. Ameen.



Dunia dah nak berakhir. Seluruh umat Islam yang beriman, sedikit demi sedikit Allah ambil sedangkan kita tidak menyedarinya terutama diri aku yang masih lalai. Aku takut, Aku sedih. Aku rasa setakat ini dulu perkongsian aku. Apa-apapun jangan lupa untuk sedekahkan Alfatihah kepada Yus Jambu dan saudara-saudara Islam kita yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia walau mereka berada dimana-mana jua dan yang paling penting buat diri sendiri jua. Semoga Allah menempatkan kita semua dalam kalangan yang beriman dan diredhaiNya. Semoga kalam terakhir kita adalah kalam yang membawa kita ke Syurga Allah. La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah. 

"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian." 

Tuesday, November 24, 2015

Aku Bangkit Kerana Allah DiSisi ;(

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Hari ni aku saja nak share sbb hari ini aku terasa down sangat2. Sukarnya untuk aku gambarkan. Kadang-kadang aku suka type kisah kehidupan aku sekarang yang aku alami. Sebab apa? Sebab ini akan menjadi kenangan yang bakal aku baca balik semasa aku masih bergelar student first degree di sebuah institut. Bukan aku ingin share semua ini saja2. Aku tahu dan aku dapat kepuasan bila aku update blog ini selain aku mengadu semua masalah aku pada Yang Satu dan Yang Maha Mengetahui lebih dari hamba2Nya yang lemah. Ya Allah, hamba update status ni bukan untuk meraih simpati orang ramai, tapi hamba ingin berkongsi pengalaman hamba dan apa yang hamba rasa sekarang. Maafkan hamba jika ianya salah. Hamba ingin memotivasikan diri hamba. Hamba dah tak de sesiapa dah kat sini kecuali Engkau sahaja Ya Rabb yang setia menemaniku dan Engkau tahu apa yang hamba rasa sekarang samada happy atau terasa down. Tapi aku harus kuat sebab Allah takkan menduga seseorang dengan sia-sia. Tetapi Allah sayang aku. Dia nak aku mengadu padaNya. 




Dikala suka, aku alpa dengan keduniaan. Tapi kerana kerinduanNya terhadap hambaNya , Dia sentuh hati kita yang alpa dengan ujianNya utk menguji tahap kerinduan hambaNya terhadap Penciptanya. Aku sedih dengan keadaan aku. Aku tak tahu kenapa.. Sejak akhir2 ini, aku merasakan Dia memanggil aku untuk meluahkan segala-galanya isi hati yang terbuku lama secara personal. Malam-malam aku tak tahu kenapa aku sentiasa terkejut pada pukul 3-4 pagi. Tapi aku hairan dengan diri aku yang penuh dengan dosa.. Aku abaikan panggilan dan kerinduan itu kerana aku lebih rela berkorban untuk menggunakan masa itu dengan Tidur yang lena dan nyenyak. Aku sedih sangat.. Aku merasakan akulah orang yang paling rugi di dunia dan di akhirat. Sebab itu aku merasakan keperitan sekarang. Dia sentuh hati aku dengan keperitan yang sedang aku alami. Jahilnya aku Ya Allah.. Sombongnya aku Ya Rahman sehingga aku mengabaikan panggilanMu di lewat malam sedangkan dosa aku itu terlalu banyak. Kenapa??? Tanyalah pada imanmu. Adakah masih ada iman yang terbuku di hati? Atau semakin lama ianya bergugran sedikit demi sedikit tanpa engkau sedari wahai insan yang lemah?




Ya Allah, memang layak untuk hamba menerima hukuman ini. Memang layak jika orang sekeliling hamba membenci hamba disebabkan hamba juga memperlakukan begitu kepadaMu. Memang layak hamba disisihkan. Memang layak orang sekeliling membenci hamba. Memang layak hamba terima semuaaaaa ini.. Hamba insan berdosa Ya Rabb.. Hamba sedih.. Hamba tak ada sape2 dah yang dapat hamba luahkan. Hamba terasa sangat terhina. Fikiran hamba sentiasa melayang-layang kerana tingginya angan-angan yang mustahil untuk aku capai. Hamba sedih Ya Rabb.  Andainya mereka faham apa yang hamba rasa sekarang.. Inilah perasaan yang betul-betul membuat aku down. Aku bukan sempurna. Dan aku tahu, apa yang hamba lakukan setimpal dengan pembalasan yang bakal hamba dapat. 


Sedihnya hidup jika tiada agama sebagai bimbingan.
Siksanya hidup jika iman tidak dirawat dengan sempurna.
Matinya hati jika Tuhan engkau lupakan.
Aku insan berdosa yang sentiasa melakukan kesilapan.
Aku insan yang lemah dan tempat pergantungan aku hanyalah pada Allah Yang Maha Kuasa.
Aku bersyukur kerana Allah beri aku rasa nikmatnya beragama.
Aku bersyukur kerana Allah beri aku peluang untuk merasai kedamaian dalam beragama.
Aku bersyukur kerana aku dilahirkan dalam beragama Islam.
Kerna Islam itu adalah agama kedamaian/
Islam itu agama yang Thohirah, dijaga, dipelihara dengan begitu sempurna.




Terima Kasih Ya Allah sebab Engkau sentiasa berada disisi kami dikala kami suka dan duka. Dikala kami alpa dengan duniawi, Engkau tegur kami dengan ujianMu kerana kami tahu kami lalai dan Engkau sentiasa merindui hambaMu walau kami dalam keadaan yang alpa. I LOVE ISLAM. ISLAM IS A PEACEFUL RELIGION THAT MOTIVATES ME TO BE A BETTER PERSON. Thanks Allah for giving me the chance to be a better muslim . In shaa Allah..

Have a good time and barokah day in your life. You are all in my prayer and my du'a.
I Love You Lillahi Ta'ala.

Thursday, November 19, 2015

Kenangan Mengusik Jiwa #memoridaunpisang

S A H A B A T

Betapa sukarnya untuk aku nak mendefinisikan SAHABAT ni..
Aku pernah mempunyai SAHABAT. Semasa aku di alam sekolah rendah, aku ada kawan-kawan yang selalu bermain sama-sama. Dan aku masih ingat lagi permainan BATU SEREMBAN tu sendiri yang di 'introducekan' oleh my SAHABAT yang bernama Adawiyah. Selepas habis kelas, sementara tunggu abah datang, selalu dia ajak aku untuk main BATU SEREMBAN. Sehinggakan aku sendiri jadi tertarik untuk proceed permainan tu dekat rumah. Dulu suasana sangat jauh berbeza dari sekarang iaitu memang terasa tenang, damai, banyak tumbuhan hijau. Dan aku masih ingat di sekolah rendah aku, ade yang jual buah-buahan belakang sekolah tu je. Aku selalu skodeng kat sana. Huhu. Baik je diorang layan karenah aku ni. Biasala budak-budak. Petang-petang aku selalu balik lewat (jam pekerja kerajaan keluar). Pukul 1 aku balik, pukul 5 lebih baru aku diambil. Memang terseksa aku menunggu. Kalau ada kawan yang menemani takpa la. Tapi nasib aku, tetap kena sendiri menunggu. Penat sangat. Umur aku terlalu muda untuk menunggu lama mcm tu. Allah sajalah tempat pergantungan. Kalau nak tahukan, semasa aku bersekolah rendah dulu, ramai lelaki yang telah membuat aku terpikat sebab bagi aku diorang hensem sangat. Diorang pun kadang-kadang macam aku jugak kena tunggu mak ayah ambil lewat. Hahaha. Mujur ada diorang. Haha. Semangat sikit aku nak tunggu abah ambil. Lawak sangat memori aku semasa alam rendah. Suka sangat melayan perasaan terlebih. Alhamdulillah dah meningkat dewasa ni rasa sedar diri la sikit. Cuma aku terlalu rindu dengan kenangan yang lalu. Aku rindu sahabat-sahabat aku. Atiqah, Adawiyah dan Syuhada. Kawan aku yang boleh dikatakan rapat. Rindu korang. Takpalah. Mungkin korang dah tak kenal aku. Takpalah. Doaku mengiringi kalian.. Chaiyokk dengan kehidupan yang lebih mencabar. Bye.. Rasa rindu dengan kenangan yang lalu. Allahu. Andai aku diberi peluang untuk berada di zaman itu, aku nak sangat melalui detik-detik itu dengan bahagia. Okela enough for today untuk share perasaan yang aku rasa sekarang iaitu perasaan #rindu #memoridaunpisang #sahabatygpernahakukenali #2003-2005 #skladang #k.terengganu

Sorry, tak reti cerita banyak-banyak sebab kenangan yang lalu memang sukar untuk digambarkan oleh orang yang tak pernah melaluinya sendiri. And Thank you very muchie sebab sudi baca entry untuk kali ini. And Thank You again for your Support to this blog.. In Shaa Allah. Klau diberi peluang, aku akan cuba share untuk entry seterusnya. Bye. Assalamu'alaikum. Gudnite. Jangan lupa baca doa tido. Niat nak solat tahajjud for tonight. In Shaa Allah, Allah kejutkan. :)

Monday, November 16, 2015

Kaum-kaum Yang Dibinasakan

Dalam Al-Quran bukan sahaja ada cerita orang baik, tetapi banyak juga cerita orang jahat. Mengapa ada cerita ‘orang jahat’ dalam kitab suci Al-Quran yang begitu mulia dan suci? Ini kerana Allah SWT mahu kita belajar dan ambil pengajaran/ibrah daripadanya supaya yang baik dijadikan teladan dan yang jahat dijadikan sempadan. Firman Allah SWT: 

“Sebelum mereka (yang menentang Nabi Muhammad) itu - kaum Nabi Nuh, dan "Ashaabur-Rassi" serta Thamud (kaum Nabi Soleh), telah juga mendustakan Rasul masing-masing. Dan juga Aad (kaum Nabi Hud), dan Firaun, serta kaum Nabi Lut. Dan juga penduduk "Aikah", serta kaum " Tubba' "; tiap-tiap satu kaum itu telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepadaNya), lalu mereka ditimpa azab yang Aku janjikan.” - Surah Qaff ; Ayat 12-14


Kaum Nabi Nuh 

Nabi Nuh berdakwah kepada kaumnya selama lebih 950 tahun, namun yang beriman hanya sekitar 80 orang sahaja. Kaumnya mendustakan dan memperolokkan baginda. Allah SWT datangkan banjir besar menenggelamkan mereka yang engkar, termasuk anak dan isteri Nabi Nuh sendiri. 

Kaum Nabi Hud 

Nabi Hud a.s. diutus kepada kaum A’ad. Mereka mendustakan kenabian Hud. Allah SWT datangkan angin taufan yang dahsyat dan ribut kencang disertai bunyi gemuruh yang menggerunkan hingga binasa seluruh kaum A’ad. 

Kaum Nabi Saleh 

Nabi Saleh a.s. ialah nabi dan rasul yang diutus kepada kaum Thamud. Baginda telah diberikan mukjizat iaitu seekor unta betina yang keluar dari celah batu, bagi menunjukkan kebesaran Allah SWT kepada kaumnya. Malangnya kaum Thamud terus engkar, malah mereka membunuh unta betina tersebut. Azab yang amat dahsyat menimpa, iaitu dengan satu tempikan daripada Malaikat Jibrail yang menyebabkan tubuh mereka hancur berkecai. 

Kaum Nabi Lut 

Kaum Sadum terkenal dengan amalan keji yakni perbuatan homoseksual. Nasihat dan dakwah Nabi Lut yang diutus kepada mereka tidak diendahkan, malah mereka cuba menggoda 2 orang malaikat yang menyamar sebagai manusia yang menjadi tetamu Nabi Lut. Dengan bermula suatu getaran, kemudian gempa bumi yang kuat dan disertai angin yang kencang dan hujan batu Sijjil, menghancurkan serta-merta kota Sadum berserta semua penghuninya. 

Kaum Nabi Syuaib 

Nabi Syuaib diutus kepada kaum Madyan. Mereka menyembah “Aikah”, yakni sebidang padang pasir yang ditumbuhi beberapa pohon dan tanam-tanaman. Kemungkaran kaum Madyan dan tipu menipu merupakan perbuatan dan perilaku yang lumrah dan rutin. Para pedagang dan petani selalu menjadi korban, sehingga yang kaya makin kaya, yang lemah semakin melarat hidupnya. Nabi Syuaib berusaha menyeru kaumnya, namun mereka engkar. Diturunkan Allah SWT ke atas mereka hawa udara yang sangat panas hingga dahaga yang amat dan kepanasan membakar kulit. Kemudian muncul gumpalan awan hitam yang tebal dijatuhkan ke atas mereka diiringi petir dan gemuruh ledakan dahsyat, sementara bumi bergoyang dengan kuatnya menjadikan mereka mati bertimbunan. 

Kaum Nabi Musa 

Kaum Bani Israil sering ditindas, maka Nabi Musa dan dibantu oleh Nabi Harun diutus untuk memimpin dan membebaskan mereka daripada kekejaman Firaun. Firaun bukan sahaja kufur dan angkuh, malah mengaku dirinya Tuhan. Nabi Musa bersama orang beriman diarahkan Allah SWT melarikan diri, merentasi Laut Merah yang terbelah, Firaun dan tenteranya yang mengejar mereka ditenggelamkan oleh laut yang bertingkup. 

Ashabus Sabtu 

Kisah segolongan dari kaum Bani Israil yang fasik di Kota Eliah. Mereka telah melanggar larangan Allah SWT supaya tidak menangkap ikan pada hari Sabtu kerana hari Sabtu khusus untuk beribadat. Allah SWT menguji mereka dengan mendatangkan ikan yang banyak pada hari tersebut, lantas tanpa menghiraukan larangan Allah SWT, mereka telah melakukan helah untuk menangkap ikan-ikan tersebut. Lalu Allah SWT melaknat mereka menjadi kera yang hina. 

Ashabul Rass 

Rass adalah nama bagi telaga yang kering airnya, dinamakan kepada suatu kaum iaitu kaum Rass. Mereka adalah penduduk salah sebuah kampung yang terletak di daerah Thamud. Diutus seorang Nabi yang bernama Hanzalah Bin Sofuan namun mereka mendustakannya, malah hingga membunuhnya dan dicampak ke dalam telaga. Allah SWT telah binasakan penduduk kampung ini dengan kemarau yang dahsyat, sehingga kaum ini lenyap dari muka bumi. 

Kaum Tubba’ 

Tubba’ adalah seorang yang berbangsa Himyar. Dia merupakan salah seorang Raja Himyar yang beriman tetapi kaumnya tetap kafir sehingga melampaui batas, maka Allah SWT binasakan mereka. Selepas peristiwa itu, lafaz Tubba’ menjadi gelaran kepada raja-raja Yaman. 

Dipetik dari Majalah Solusi

Story of My Life


Hai Semua!! Hari ni aku nak update blog aku dengan kisah kehidupan yang aku alami sekarang.. midsem break baru je berlalu semalam. SEMALAM???? sedih sangat2 nak lalui semua ni. Ape taknye, assignment datang berduyun-duyun.. Sedih meninggalkan keluarga tersayang terutama budak hensem aku, mikhail.. rindu sangat2 kat dia.. Ya Allah, agak susah untuk ku lalui semua ini.. kenape??? Allahu robbi.. Takpe ina, niat ikhlas kerana Allah.. Sebab ape, sbb Allah ade perancangan untuk aku yg lebih baik.. Bermulalah segala cabaran dan dugaan yang bertalu-talu akan ku hadapi.. sedih sangat..

Kenapa? orang lain dapat study dekat dengan rumah.. kenape aku selalu berjauhan dengan keluarga.. aku nak jgak keluarga aku dekat dengan aku.. Ya Allah, pasti ade hikmah disebalik semua ini. Bukan aku sorang je yg rse cam ni, ramai lagi yg jauh dgn keluarga.. Biasela.. Mu dah nak menua dah.. mmg byk la cabaran yg  bakal ditempuhi.. hmmmm

rase tak puas cuti dengan keluarga. walaupun aku tahu aku banyak buang mase. Tapi aku rindu.. Mase diorg ade kat depan mata, bukan main lagi buat tak nampak. Dah sekarang berjauhan baru rase rinduuu.. Allahu.. Hanya Allah saja yg tahu perasaan ini.. Allah, bantu hambaMu yang selalu kurang bersyukur akan nikmatMu ini. Ampuni hamba yang lemah ini Ya Robb.. Bantu hamba melalui segala kesulitan dan kepayahan di dunia ini dengan keberkatan dan redhaMu Ya Robb.. Ameen..



Hari ni, emi periksa SPM 2015..Gudluck to you emi.. Ya Allah, Engkau permudahkan dan lapangkanlah dada Mohamad Zulhelmi Bin Ghazali dan kawan-kawannya yang turut menduduki peperiksaan SPM 2015 dengan hati yang tenang. Dan ingatkanlah mereka dikala mereka lupa.. Ameeen.. SEMOGA BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT. Ameen ya Robbal 'alamin.

Tak salah kalau kita mendoakan kebaikan orang lain terutama saudara islam kita. Sebab apabila kita mendoakan kebaikan saudara kita, malaikat akan mengaminkan doa yg kita kirimkan untuk saudara kita yang lain, untuk kita.. Sama2 perbaharui diri agar Hidup kita, Allah berkati.. In Shaa Allah..

Itulah sedikit sebanyak yang aku nak memokan kehidupan aku dalam blog yg dah lame bersarang.. Blog ini banyak memberi aku memori pahit manis aku dari aku muda sehingga sekarang.. Aku bersyukur pada Allah kerna Dia, aku bangkit.. Bye! Assalamu'alaikum..



Saturday, August 22, 2015

Bergelar Student lagi?

Hai semua! Minggu ni minggu terakhir aku duduk kat rumah. Beberapa hari lagi aku akan tinggalkan rumah untuk sementara. Sebab? sebab aku nak sambung belajar. Dekat mana? universiti tuttt tutt. adela.(mane bole bgtau). hmmm sebelum ni aku dah rasa cam ni(sedih). Sekarang aku perlu merasai lagi. huwahuwa. kenape? terpaksa berpisah dgn tutt tutt. Tapi aku harus kuat. Tak boleh lemah2. No No No No.

Ape ape pun yang terjadi, Allah dah tentukan kehidupan aku disana. Kekadang aku sangat benci untuk melalui semua ni. tapi, ade sebab Allah aturkan segala-galanya buat aku. Aku harus terima dengan redha. Aku tahu ade hikmahnya segala-galanya yang terjadi pada aku. Sebelum ni, aku pernah duduk berjauhan. Boleh je hidup. Alhamdulillah. Kenape sekarang ni nak mengeluh?? haishh manusia manusia. Jangan takut dengan sesiapa pun. Sebab diorang pun manusia jugak. Takutlah pada Allah. betul tu. Allah lah yang layak kite takuti dan doalah banyak2 kepadaNya.



Okaylah. aku cuba kuat. Kawan2, aku nak bgtau awal2. Sori kalau blog ni bersawang byk nanti. Apeape pun nanti kalau aku rajin nak tulis entry baru, in shaa Allah adela kot pengalaman yang bakal aku kongsikan. tapi apeapepun tolong support this blog untuk aku teruskan menyampaikan info2 yang bermanfaat. in shaa Allah. wokeh2. Doakan aku, kamu dan saudra2 islam kite di seluruh dunia agar sentiasa mematuhi dan mentaati perintah Allah.Ameen. In shaa Allah. Tabarakallah. Bye2.
#bermulalah kehidpan baru! in shaa Allah

Friday, August 7, 2015

Diari Hati Seorang Insan :)




Assalamu'alaikum semua. Lama dah rasanya aku tak update blog ni. Masa berlalu begitu pantas. Terasa baru je cuti. Beberapa minggu lagi aku akan pergi sambung belajar semula. Sedih nak tinggalkan rumah. hmm. Semoga keputusan UPU tu adalah keputusan yang terbaik untuk aku teruskan pelajaran. "Tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad." Itulah kata-kata para ulama'. takpela. Aku harap sangat dapat kawan-kawan yang baik dan memahami, sporting, supportive, xde nak merajuk-rajuk sangat, bertanggungjawab. Kalau boleh perangai-perangai yang baik la yang aku impikan. Tapi Allah saja yang tau. itsokey. Tolong doakan aku eh. Lecturer yang baik, roommate yang bertanggungjawab, kalu boleh yang mengajak aku kearah kebaikan dan mencegah drpd kemungkaran. In Shaa Allah. Amiin. hmmm U apa eh aku dpt? course? Allah.

Selasa.11/8/2015.UPU.

Tarikh yang akan menjadi kenangan untuk aku. okeyla that's all from me now. nak post the next article. semoga ia bermanfaat untuk uolls semua. In Shaa Allah. Doakan aku ye kawan-kawan. :)

Wednesday, July 1, 2015

Kisah Pengembara dan Daun


"Dialah yang membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan. Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan perhitungan yang tertentu. Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu, masing-masing tunduk menurut peraturanNya"
----------------------------------
-ar-Rahman : 4-6

Kehidupan kita ibarat seorang pengembara 

Tersebutlah kisah, seorang pengembara berjalan meredah hutan. Beliau suka mengembara sendirian. Baginya, manusia sentiasa perlukan masa untuk bersendirian. Bersendirian melalui sungai dan laut. Bersendirian merentasi negara dan benua. Itulah satu pengembaraan untuk mencari makna hidup.

Dalam hutan yang diredahinya, beliau menatap indahnya kehijauan tumbuh-tumbuhan. Warna hijau daun itu enak dipandang, menenangkan jiwa dan menyegarkan perasaannya.

Lalu dipetik sehelai daun, indah bentuknya, warnanya, indah seadanya. Pengembara itu melihat daun itu sama seakan dirinya. Bila daun dipetik dari pohonnya, daun itu pasti akan layu. Daun itu layu bukan kerana ia tidak mampu hidup sendirian. Daun masih mampu menyerap cahaya, mampu memerangkap karbon dioksida yang diperlukan oleh tumbuhan.

Tetapi bila 'diri'nya dipetik, hilanglah fungsinya kepada pokok. Hidupnya tak bermakna kerana tidak diperlukan. Seandainya ia mampu memerangkap cahaya dan karbon dioksida sekalipun, ianya tidak dapat disumbangkan kepada pokok, kerana terputus hubungan antara daun dan pokok.

Ya, daun itu ibarat dirinya sebagai individu. Dan seluruh komponen pohon itu ibarat sebuah masyarakat.

Seorang individu dalam masyarakat sama seperti daun. Seandainya dia merasakan dirinya tak diperlukan dan tak dihargai oleh masyarakat, dia ibarat daun yang dipetik dan dicabut peranannya daripada pokok.

Maka tak hairanlah, orang yang kita lihat bermasalah adalah orang yang dibuang dari masyarakat. Mereka mencari fungsi-fungsi lain untuk hidup agar manusia lain melihat dan menyedari kewujudan mereka dalam masyarakat.

Akhirnya mereka memilih untuk menjadi samseng, untuk meraih perhatian. Mereka mencari tempat berpeleseran mengharapkan ada tempat untuk meluahkan kasih sayang. Mereka ibarat daun yang dipetik, hilang tujuan hidup lalu layu dan mati.

Maka demikian hubungan sesama manusia dalam masyarakat. Setiap dari kita saling memerlukan. Dalam Islam, diterapkan elemen ukhwah yakni persaudaraan sesama manusia. Manakala dalam perspektif undang-undang di bawah Hukum Tort ( memandangkan penulis seorang pelajar undang-undang), orang Barat telah memperkenalkan 'Neighbourhood Principle'. Sebuah prinsip bahawa, setiap orang di sekeliling kita adalah tanggungjawab kita. Dalam prinsip ini, kita mempunyai 'Duty of Care' pada setiap orang di depan, belakang, kiri dan kanan kita.

Pengembara tadi tersenyum sendirian. Beliau terfikir sejenak akan dirinya.

Walau manusia mempunyai masa dan ruang untuk bersendirian, manusia takkan mampu untuk bertahan sendirian selamanya. Sebagaimana daun yang dipegang di tangannya. Hari ini indah, esok dan lusa pasti layu kerana tak diperlukan.

Manusia jua begitu, perit rasanya apabila menanggung perasaan sakit bila diri tidak diperlukan.

Sedikit kongsian saya untuk anda. Sumber ini telah diambil dari buku GENESIS METAMORFOSIS.
Kalau ada salah dan silap yang membuatkan anda terasa, saya ingin mohon maaf atas kelemahan tersebut. Sebelum saya mengakhiri penulisan ini, tak terlambat kot saya untuk mengucapkan SELAMAT BERPUASA KEPADA ORANG-ORANG ISLAM DI SELURUH DUNIA. Semoga puasa kita diberkati Allah. Amiin..

In shaa Allah,kalau ada kelapangan saya akan kongsikan tajuk yang seterusnya.. "Teruskan berdakwah, walau cacian yang kamu terima." Thanks sudi membaca.. :)


Wednesday, June 24, 2015

#nukilanhati




:) Kenali hati dengan mendekati Ilahi.

&! Geografi mengajar kita mengenal apa yang wujud di permukaan bumi.

$! Astronomi mengajar kita mengenali apa yang wujud di luar bumi.

?!!Ideologi mengajar kita cara fikir manusia yang wujud di bumi.

Tetapi,
:) Agama mengajar kita mengenali apa yang wujud dalam hati. Ia tak mampu dirungkaikan oleh sains dan teknologi.

Rasa mempunyai Tuhan dan cinta akan kebaikan adalah fitrah setiap insan.

Credit to munirah

Thursday, June 11, 2015

Amerika: Negara Islam Yang Dimurtadkan

Ternyata Amerika yang selama ini sinonim sebagai pusat kekafiran, justeru lebih dulu mengenal Islam sebelum para penyebar agama lain dari Eropah menguasai negeri itu. Fakta-fakta ini mungkin akan membuat kita berbeza memandang Amerika, iaitu sebagai sebahagian dari wilayah yang dakwah disana harus diteruskan.

1. Khashshash bin Said bin Aswad

Ada banyak versi tentang siapakah yang pertama kali membawa agama Islam ke Amerika. Salah satunya yang boleh disebut adalah Khashshah bin Said bin Aswad yang tercatat dalam sejarah pada tahun 889 masehi telah mendarat di benua itu.

Dia seorang navigator muslim yang berasal dari Cordoba, Sepanyol. Sebagaimana kita ketahui, Sepanyol ketika itu merupakan pusat peradaban Islam di Barat, di bawah pimpinan Khilafah Bani Umaiyah II.

Menyeberangi lautan Atlantik, pelaut muslim ini tercatat sebagai di antara pembawa agama Islam ke Amerika, hanya terpaut 200-an tahun setelah Rasulullah SAW wafat.

Para ahli sejarah dan intelektual dari kalangan muslim yang mencatatkan perjalanan ke benua Amerika adalah Abul-Hassan Ali Ibn Al Hussain Al Masudi (meninggal tahun 957), Al Idrisi (meninggal tahun 1166), Chihab Addin Abul Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300 - 1384) dan Ibn Battuta (meninggal tahun 1369).

Menurut catatan ahli sejarah dan ahli geografi Muslim Al Masudi (871-957), Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad adalah seorang penjelajah muslim dari Cordoba di Andalusia, telah sampai ke benua Amerika pada tahun 889 Masihi. Dalam bukunya, 'Muruj Adh-dhahab wa Maadin al-Jawhar' (The Meadows of Gold and Quarries of Jewels), Al Masudi melaporkan bahawa semasa pemerintahan Khalifah Sepanyol Abdullah Ibn Muhammad (888-912), Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad berlayar dari Delba (Palos) pada tahun 889, menyeberangi Lautan Atlantik hingga menemui wilayah yang asing dan disebutnya sebagai Ard Majhoola. Kemudian beliau kembali dengan membawa pelbagai barangan yang menakjubkan. Selepas penemuan itu, banyak pelayaran menuju daratan di seberang Lautan Atlantik dilakukan. Al Masudi juga menulis buku 'Akhbar Az Zaman' yang memuat bahan-bahan sejarah dari pengembaraan para pedagang ke Afrika dan Asia.


Dr. Youssef Mroueh juga menulis bahawa semasa pemerintahan Khalifah Abdul Rahman III (tahun 929-961) dari dinasti Umaiyah, tercatat adanya orang-orang Islam dari Afrika yang berlayar dari pelabuhan Delba (Palos) di Sepanyol menuju ke barat lautan yang gelap dan berkabut, iaitu Lautan Atlantik. Setelah itu mereka berjaya kembali pulang ke Palos dengan membawa barang-barang bernilai yang diperolehnya dari tanah yang begitu asing pada masa dulu.

Beliau juga menulis menurut catatan ahli sejarah Abu Bakr Ibn Umar Al-Gutiyya bahawa pada masa pemerintahan Khalifah Sepanyol, Hisham II (976-1009) seorang pelayar dari Granada bernama Ibn Farrukh tercatat meninggalkan pelabuhan Kadesh pada bulan Februari tahun 999 melintasi Lautan Atlantik dan mendarat di Gando (Kepulaun Canary).

Ibn Farrukh mengunjungi Raja Guanariga dan kemudian meneruskan pelayarannya ke barat sehingga melihat dua pulau dan menamakannya Capraria dan Pluitana. Ibn Farrukh kembali ke Sepanyol pada bulan Mei 999.

Pelayaran melintasi Lautan Atlantik dari Maghribi juga dicatat oleh penjelajah laut Shaikh Zayn-eddin Ali bin Fadhel Al-Mazandarani. Kapalnya bertolak dari Tarfayadi Maghribi pada zaman Sultan Abu-Yacoub Sidi Youssef (1286-1307) raja keenam dalam dinasti Marinid. Kapalnya mendarat di pulau Green di Laut Caribbean pada tahun 1291. Menurut Dr. Morueh, catatan perjalanan ini banyak dijadikan rujukan oleh para saintis Islam.

Sultan-sultan dari kerajaan Mali di Afrika barat yang beribukota di Timbuktu juga pernah melakukan pelayaran sehingga ke benua Amerika. Sejarawan Chihab Addin Abul-Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300-1384) telah memerincikan eksplorasi geografi ini. Timbuktu yang berada di tengah-tengah afrika kini dilupakan, dahulunya merupakan pusat peradaban, perpustakaan dan pusat keilmuan yang maju di Afrika. Ekpedisi perjalanan darat dan laut banyak dilakukan baik menuju ke Timbuktu ataupun bermula dari Timbuktu.

Sultan yang tercatat akan eksplorasinya hingga ke benua baru waktu itu adalah Sultan Abu Bakari I (1285-1312), iaitu saudara Sultan Mansa Kankan Musa (1312-1337), yang telah melakukan dua kali ekspedisi melintasi Lautan Atlantik sehingga ke Amerika dan menyusuri sungai Mississippi .

Sultan Abu Bakari I melakukan eksplorasi di Amerika tengah dan utara dengan menyusuri sungai Mississippi di antara tahun 1309-1312. Para eksplorasi ini berbahasa Arab. Dua abad kemudian, penemuan benua Amerika dilakarkan di dalam peta berwarna Piri Re'isi yang dibuat tahun 1513, dan dipersembahkan kepada raja Ottoman Sultan Selim I tahun 1517.

2. Laksamana Ceng Ho

Selain itu sejarah juga mencatatkan bahawa Laksamana Ceng Ho yang beragama Islam, juga pernah mendarat di benua Amerika. Yang menarik, laksamana yang juga seorang da`i muslim ini mendarat 70 tahun lebih awal dari Colombus.

Bahkan armada dan kapal Ceng Ho jauh lebih besar daripada kapal milik Colombus. Namun kerana sejarah dunia ditulis oleh orang lain, maka fakta bahawa Ceng Ho mendarat lebih dahulu dari Colombus seolah lenyap di balik pembohongan nyata.



Gambar di atas menunjukkan bahawa kapal Cheng Ho memang jauh lebih besar berbanding kapal Colombus. Kapal ini juga tercatat pernah mendarat di nusantara, selain berdiplomasi dan berdagang, juga menyebarkan dakwah Islam.

Cheng Ho punya nama arab, iaitu Haji Mahmud Shams. Beliau adalah seorang muslim China yang lahir tahun 1371 dan meninggal dunia tahun 1433. Terkenal sebagai pelaut dan pengembara China terkenal yang melakukan beberapa pelayaran antara tahun 1405 hingga 1433.

3. Columbus

Kisah Columbus Menemui Benua Amerika

Berbalik kepada cerita Columbus, Columbus sendiri mengetahui bahawa orang-orang Carib (Caribbean) adalah pengikut Nabi Muhammad SAW. Orang-orang Islam telah berada di sana sebelum ketibaan Columbus terutama orang-orang dari Pantai Barat Afrika. Mereka mendiami Caribbean, Amerika Utara dan Selatan. Namun tidak seperti Columbus yang ingin menguasai dan memperhambakan rakyat Amerika. Orang-orang Islam datang untuk berniaga dan ada juga yang mengahwini orang-orang pribumi.

Columbus juga mengakui pada 21 Oktober 1492 dalam pelayarannya antara Gibara dan Pantai Cuba telah melihat sebuah masjid (yang berada di atas bukit dengan indahnya menurut sumber tulisan lain). Sisa-sisa runtuhan masjid telah ditemui di Cuba, Mexico, Texas dan Nevada. Ini sekaligus menjadi bukti kukuh bahawa Islam telah lama bertapak di sana.

Dan fakta yang perlu kita ketahui adalah 2 orang nahkoda kapal yang dipimpin oleh Columbus iaitu kapten kapal Pinta dan Nina adalah orang-orang muslim iaitu Martin Alonso Pinzon dan Vicente Yanex Pinzon. Mereka berdua adalah bersaudara dan mempunyai kaitan persaudaraan dengan Sultan Maghribi Abuzayan Muhammad III (1362). [THACHER, JOHN BOYD: Christopher Columbus, New York 1950]

Kenapa hanya Columbus yang dikenali sebagai orang yang menjumpai benua Amerika? Kerana pada waktu itu kaum yahudi diusir dari Sepanyol (sebanyak 300,000 orang yahudi yang diusir oleh raja Ferdinand). Orang-orang Yahudi mengumpul dana untuk pelayaran Columbus dan berita 'penemuan benua Amerika' telah diberitahu oleh Christopher Columbus kepada kawan-kawannya yang beragama Yahudi di Spanyol. Pelayaran Columbus ini telah dijadikan popular dan kisah ini diperlukan untuk menciptakan legenda sesuai dengan kehendak Yahudi yang ingin menguasai dunia. Tidak menghairankan jika sejarah yang kita pelajari sekarang menipu kita. Ini disebabkan semua media gergasi dunia dikuasai golongan Yahudi.

Fakta-fakta di atas memperlihatkan ketidak-jujuran penulisan fakta sejarah tentang penemuan benua Amerika. Penyelewengan sejarah oleh orang-orang Yahudi yang terjadi sejak pertama kali mereka bersama-sama orang-orang Eropah menjejakkan kaki di benua Amerika.

4. Indian Muslim



Yang menarik adalah islamnya suku-suku asli yang menghuni benua Amerika, iaitu Indian. Gambar utama kertas ini adalah lukisan wajah seorang ketua suku Cherokee, Seqouya.

Tercatat begitu banyak bukti bahawa suku-suku itu banyak yang sudah mengenal agama Islam, seperti Apache, Cherokee, Sioux, Anasazi, Arawak, Arikana, Chavin Cree, Makkah (mirip nama Makkah Al-Mukarramah), Hohokam, Hupa, Hopi, Mahigan, Mohawk, Nazca, Zulu, dan Zuni.

Begitu banyak bukti bahawa bangsa Indian sudah memeluk agama Islam. Misalnya, beberapa tulisan cherokee abad ke-7 terpahat pada batu-batu di Nevada sangat mirip dengan tulisan "Muhammad" dalam bahasa Arab.



Ciri lain adalah gambar atau lukisan yang kita lihat tentang kostum (pakaian) yang dikenakan oleh bangsa Indian. Ternyata banyak ketua suku Indian mengenakan tutup kepala khas orang Islam, seperti serban ini. Bahkan mereka mempunyai aksara Syllabary yang mirip bahasa Arab.

Dan fakta yang tidak dapat dinafikan, adalah sebuah naskah perjanjian antara kerajaan Amerika dan Kepala Suku Indian Cherokee. Naskah itu hingga kini masih tersimpan rapi di bangunan Arkib Perpustakaan Negara di ibu kota Washington DC.
Yang menarik, nama kepala Suku Cherokee adalah Abdel-Khak and Muhammad Ibnu Abdullah. Jelas itu nama muslim.

Namun penduduk suku Indian yang banyak menganut agama Islam menurun secara drastik akibat pembunuhan. Salah satunya polisi rasmi kerajaan USA berupa Indian Removal Act tahun 1830 yang memberikan kebenaran rasmi buat bangsa Eropah untuk mengusir atau membunuh bangsa Indian.

Tercatat lebih dari 70,000 orang indian di usir dari tanahnya sehingga mengakibatkan ribuan orang meninggal.

Sejarah Islam Dan Suku Indian Cheeroke

Sejarah hubung kait Islam dan penduduk Red Indian Amerika ini adalah panjang. Semangat orang-orang Islam dan China ketika itu untuk mengenal lebih jauh tentang dunia selain untuk melebarkan pengaruh, mencari sumber dan jalan perdagangan baru dan ini menyebabkan dakwah Islam semakin meluas dan mendorong mereka untuk lebih berani melintasi kawasan yang masih dianggap gelap dalam peta-peta mereka waktu itu. Sebagai contoh adalah Cheng Ho (nama islamnya Hajji Mahmud Shamsuddin) dan Ibnu Batutta. Selain itu terdapat juga pelayar-pelayar Islam yang lain tetapi tidak tercatat pada buku-buku akademik.

5. Muslim Afrika Amerika

Salah satu faktor penyebaran agama Islam di Amerika adalah didatangkannya ribuan budak-budak dari Afrika ke benua Amerika. Dan mereka umumnya beragama Islam. Muhammad Ali peninju legenda adalah salah satu contoh keturunan Afrika yang tetap menjadi muslim di Amerika. Dan tidak sedikit nama mereka yang mirip dengan nama-nama Arab, seperti Karim Abdul Jabbar, sang pemain basket.

Selama tahun 1520-an telah didatangkan budak ke Amerika Utara dari Afrika. Dianggarkan sekitar 500 ribu orang dihantar ke daerah ini atau 4.4% dari total 11.328.000 jiwa budak yang ada. Dianggarkan sekitar 50% budak atau tidak kurang dari 200 ribu orang budak yang didatangkan berasal dari daerah-daerah yang dipengaruhi oleh Islam.

Menurut bancian AS tahun 2003, ada sejumlah 37.1 juta warga kulit hitam di AS, yang bererti 12.9 peratus dari jumlah keseluruhan populasi. New York City (NYC) mempunyai rakyat kulit hitam di bandar tertinggi pada tahun 2000 dengan jumlah 2 juta orang.

Malcolm X

Bicara tentang Islam di Amerika, kita tidak boleh melewatkan nama Malcolm X, tokoh Muslim dari kaum Afrika-Amerika yang ketokohannya dapat digandingkan dengan Dr. Martin Luther King.

Malcolm X dicatat sebagai orang yang berjuang menghapuskan segala macam diskriminasi lebih-lebih yang menimpa kaum Afrika-Amerika yang sering dikonotasikan dengan kaum negro yang terdiskriminasikan.

Malcolm menjadi orang nombor 2 di Nation of Islam selepas Elijah Muhammad, ia juga yang membuat organisasi ini menjadi besar dalam kurun waktu 1 dekad. Di tahun 1952, Nation of Islam hanya dianggotai 500 orang, tapi di tahun 1963 anggotanya berkembang pesat menjadi 25,000 orang. Malcolm juga yang mengajak peninju fenomenal, Casius Clay, bergabung dengan Nation of Islam yang kemudian menukar namanya menjadi Muhammad Ali.

Dakwah Malcolm X semakin mantab dan lurus terutama setelah melakukan perjalanan ibadah haji atas jemputan Kerajaan Saudi Arabia di tahun 1964. Malcolm berangkat ke Jeddah, Arab Saudi, untuk belajar Islam sekaligus menunaikan haji.

Walaupun awalnya datang dalam keadaan tidak berkemampuan berbahasa Arab dan pemahaman yang keliru tentang Islam, namun setelah dipertemukan dengan sumber-sumber pengajar Islam yang original, Malcolm X mendapatkan gambaran yang berbeza dari pandangannya selama ini.

Terutama setelah melihat jamaah haji yang berkumpul dari belahan bumi, dari pelbagai bangsa, bahasa dan warna kulit yang semua memuji Tuhan yang satu dan tidak saling membezakan.

Muhammad Ali: Peninju Legenda

Muhammad Ali lahir di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat. Namanya mengikuti nama ayahnya, Cassius Marcellus Clay, Sr. Ali kemudian menukar namanya selepas bergabung dengan Nation of Islam (NOI) dan akhirnya memeluk Islam Sunni pada tahun 1975.

Terinspirasi oleh Malcolm X untuk bergabung dengan Nation of Islam, dan diberi nama Muhammad Ali oleh tokoh NOI Ellijah Muhammad.

Muhammad Ali secara tegas menentang penglibatan Amerika Syarikat dalam perang Vietnam. Saat menentang wajib tentera ke Vietnam, Ali dijatuhi hukuman lima tahun penjara, namun dia berjaya melepaskan diri daripada hukuman penjara dalam keputusan sidang bandingnya. Hukuman penjara ini akhirnya dibatalkan selepas tiga tahun dibacakannya hukuman tersebut.

Muslim Amerika

Saat ini boleh dikatakan Islam lebih banyak dianuti oleh kalangan Afro-American ini berbanding dengan penduduk dari kulit putih. Apalagi dengan adanya perbezaan ras yang ternyata masih kental. Dan kewujudan muslim Afro-American ini sedikit sebanyak turut mewarnai benua Amerika dengan warna Islam.

Saat ini jumlah penduduk USA dianggarkan 308 juta. Yang beragama Islam dianggarkan hanya sekitar 3 juta sahaja, atau sekitar 1%. Jumlah ini sangat minoriti, dan sayangnya rata-rata mereka hidup tertindas. Terutama setelah peristiwa runtuhnya menara WTC di tahun 2001.

Menjadi Minoriti Tertindas

Sejak itu umat Islam yang hidup di Amerika tidak tenang hidupnya, sebab sewaktu-waktu mereka boleh saja dikejar-kejar dan dimasukkan ke penjara, tanpa alasan yang jelas. Ditambah lagi hukuman dari masyarakat yang termakan oleh penggiringan pandangan media massa. Penderitaan mereka semakin lengkap.

Banyak serangan-serangan yang berlaku tehadap Muslim Amerika selepas kejadian itu, walaupun ini terbatas pada kelompok minoriti kecil.

Menurut survey yang dilakukan pada 2007, 53% Muslim Amerika menganggap bahawa menjadi lebih sukar menjadi seorang Muslim (di AS) selepas serangan itu.

Wanita Muslim yang menggunakan hijab / jilbab diganggu, menyebabkan beberapa wanita Muslim yang memilih untuk tinggal di rumah, sedangkan yang lain untuk sementara meninggalkan amalan (pekerjaan).

Yahudi Amerika: Minoriti dan SANGAT berkuasa

Meski jumlahnya hanya sekitar 5 juta orang atau 1.6% dari jumlah keseluruhan penduduk USA, namun komuniti yahudi SANGAT berkuasa.

Hal itu kerana orang-orang Yahudi sangat kompak dan membina semua unsur kekuatan secara serius. Selain membina pelbagai industri besar, mereka juga menekuni perniagaan berskala antarabangsa, termasuk rajin membina rangkaian industri media massa, komputer, telekomunikasi, minyak bumi, harta, hiburan, life style, sampai ke urusan pertanian.

Bahkan kesedaran politik kekuatan yahudi di Amerika sangat maksimum. Dengan budaya money politic yang tinggi, yahudi selalu bersedia memodali para calon penguasa di negeri itu, di mana memang faktor pemilikan modal wang menjadi syarat nombor satu untuk mencapai puncak kekuasaan (red: dalam sistem demokrasi kapitalisme)

Dan buat yahudi, siapa pun yang ingin mendaki puncak kerjaya politik, selalu ada dana dan modal yang boleh digunakan tanpa batasan. Yang penting, politik polisi rejim itu harus sangat pro kepentingan yahudi. (Red: begitulah yang terjadi saat ini dalam sistem demokrasi kapitalisme. Hal ini tentu bertentangan dengan sistem Islam yang diredhai oleh Allah iaitu Khilafah Islamiyah) .

Sumber globalmuslim.web.id



 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.