Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
I'm a Muslim Girl
Annyeong Haseyo! Selamat Datang ke "I'm A Muslim Girl"'s Blog Semoga Pengisian yang Bermanfaat Untuk Semua! Smile Always :)

Friday, November 18, 2016

Syria Care

Hi everyone!! Long time no post. :) I'm so sorry because not updating as always. So, today i have much time on posting this blog again. Yeahh. Alhamdulillah. 
Nowadays, we can see the pain our muslim have got. Unbearable pain they have got but they still have strong enough to defense their own countries. As a muslim, we are like kinda sisters and brothers.  When they need helps, we must assist them. Because it is our responsible towards unity of Islam. Islam taught us to be kind of each other either they are muslim or non muslim. Islam is such a beautiful and true pathway in our live. Respect to each other is must to spread the peace. 
Unfortunately, I really felt so sad due to our ummah now. When our muslims are all in pain and need help, there are people who just know to criticize them. Where is your humanity? They not to gain your sympathize. Remember! We are not just live in dunya only because we will be asked by Allah, The Almighty on how / what is our contributions for ummah in hereafter. And also, they have opportunity to throw us into Jahannam. Why? Because we are not helping them when they need us to defense the property land of Islam . They had through difficulties on their own without any helps from us. Because we are too selfish and just think of our lives only but not theirs. Na'udzubillahi min dzalik.

To everyone who read this post,  I'm begging you before it's too late, please keep on prayers of our sisters and brothers in SYRIA, PALESTINE, YEMEN, ROHINGYA, ALEPPO and all OTHER countries of our muslim's living and staying, whereever they are, please keep them on our prayers about their safety, and strength. Today, technologies really made us ease to assist them as well. In shaa Allah. I really grateful for those who are donating their money, items, clothes, food, etc. that really help them much especially on winter season they will be faced next. Please all. Please spread this love to others. 
#FOOD4SYRIA #AIDFORSYRIA #AMANPALESTINE
*ALL DETAIL INFORMATIONS CAN BE REFERRED AT VOLUNTEER PAGES*
For Malaysian, do kindly referred at this page :
Facebook:

Syria Care - Malaysia

 ( https://www.facebook.com/syria.care/?hc_ref=NEWSFEED&fref=nf )


Instagram:

@syriacaremalaysia
or other trusted and related page!! THANK YOU!

"PERHATIAN ANDA PENYULUH HIDUP MEREKA"


Saturday, June 18, 2016

Ramadhan Kareem '16

Hi everyone. Marhaban ya Ramadhan. Haa kita sedang berada pada bulan yang mulia ini. Pasti ramai yang berebut-rebut untuk melakukan sebanyak mungkin dalam beribadah kepada Allah  kan? In shaa Allah. Semoga amalan yang kita lakukan pada bulan yang mulia ini akan memberi ganjaran yang berlipat kali ganda dan the most important thing is amalan kita diterima Allah SWT. Sorry me for the late wishes but its not too late i think. haha Today, 13th of Ramadhan. Ahlan wa sahlan ya Ramadhan Kareem. Kehadiranmu kami sambut dengan hati yang gembira dan terbuka.I wrote this post in sahur time. Jadi sedikit sebanyak membuatkan aku rasa mengantuk. But its okay. I miss to post the entry in this blog as i always do the same thing before. 




When im thinking back, scrolling down the old entries in this blog made me nostalgic. I do create this blog since i was secondary school. Nothing to do when the school holiday so i decide to post what i felt that time. Hahaha bila imbas balik, terasa nak gelak pun ada, nostalgia pun ada, sedih, rindu n semuanya bercampur baur. Actually i really missed that time when i was young. I can make an assesment for the old entries and the new entries as im growing up now. Hahaha im not too old yeahh.. It's about our thought or opinions that we can make a comparison between the older one and the latest one.





From the secondary school until now, im a student of University M., just gonna miss to post something in this blog. Cuti sem nak dekat. Exam pun sedang berjalan. Sebenarnya aku rindu nak balik rumah. Nak jumpa kawan-kawan lama. Tapi entahlah. Bila difikirkan balik, terasa nak menangis pun ada. Lumrah manusia yang mempunyai kenangan yang berbeza. Apa-apa pun, azan subuh sudah kedengaran dari tadi. i think i should stop now because we as a muslim have  to care about our connection with Allah. Jikalau kamu membantu Allah pada waktu lapang, Allah akan membantu kamu pada waktu kamu susah. "Membantu" disini means kita ingat Allah dan juga kita tolong agama Allah. In shaa Allah, Allah akan tolong kita. Akhiri kalam saya dengan Assalamualaikum. Have a good life with Allah besides us. :) :) :) 

Tuesday, May 3, 2016

Gagahkan dirimu wahai diri!



Percayakah kau jika aku katakan bahawa Allah sayangkan kau?
Betul ke Allah benar-benar sayangkan aku. Tapi kenapa Dia tak makbulkan permintaan aku. Kenapa aku diberi ujian yang bertalu-talu? Sedangkan masih ramai lagi manusia tetapi kenapa perlu aku melalui ujian ini?
Bersyukurlah wahai diri. Kerana Allah masih menguji kau. Allah masih sayangkan kau. Adakah kau lupa bahawa Allah ada berfirman :
"Jika aku menimpakan suatu musibah ke atas salah seorang hambaKu pada badannya, hartanya atau anaknya lalu dia menerima musibah itu dengan penuh kesabaran , nescaya di hari kiamat Aku malu akan menegakkan baginya neraca timbangan atau membuka buku catatan amalnya." (H.R Tirmidzi)
Bersyukurlah wahai diri kerana kau dirindui oleh Yang Maha Berkuasa. Anggaplah semua ini kerana Allah tahu yang terbaik buat dirimu. *air mata berlinangan*smile emoticon

Monday, April 11, 2016

Muhammad SAW tidak gila


"Kau gila, Muhammad.. kau gila"
Orang musyrikin mekah tidak habis-habis menuduh insan bernama Muhammad Bin Abdullah ini gila.
Mana tidaknya..

Naik ke langit dalam satu malam ? Hamba setaraf dengan tuannya? Bertemu dengan utusan tuhan ( malaikat jibril) ?
Ramai yang ketawa dan menganggap Muhammad bin Abdullah ini gila walaupun ketika itu baginda terkenal dengan sifat Al-amin.. sentiasa jujur dan tidak berbohong..

Namun begitu.. 
Siapa nak percaya? 

********************************************************************************** 


"Apakah orang-orang kafir tidak melihat bahawa sesungguhnya langit dan bumi pada asalnya bercantum sebagai satu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya.dan kami jadikan dari air, setiap benda yang hidup , Maka, mengapa mereka tidak mahu beriman" ( Al-Anbiya' : 30 )


"Alam semesta terhasil daripada satu letupan kuat ( cosmix explotion) sebuah objek yang sangat panas dan mampat dan kemudiannya berlakunya proses pengembangan dan penyejukan (expanding and cooling) , membentuk ke semua galaksi-galaksi , planet-planet, bintang-bintang dan seumpamanya .Ianya berlaku 12-20 bilion tahun yang dulu."

Ini adalah teori penciptaan alam semesta
Teori BIG BANG
Teori ini pada asalnya diasaskan dari formula General Theory of Relativity yang diutarakan oleh Albert Einstein pada tahun 1915. 


1974, Stephen Hawking telah mengukuhkan lagi teori big bang ini dengan penemuan teori 'Black hole'

Dan saintis melengkapkan teori ini pada 2009, dengan penemuan teknik mengira jangka tarikh letupan dengan lebih tepat.

saintis mendapati terdapatnya kesan radioaktif sejurus selepas kapal angkasa yang dihantar mereka melepasi lapisan atmosfera bumi .ini membuktikan pernah berlakunya letupan yang besar suatu masa dahulu ...mengukuhkan lagi teori Bing Bang ini... 


Maha Suci Allah...
Mari kita lihat turutan teori-teori yang dikemukan dari dulu hingga sekarang.


140 SM -
Claudius Ptolemeus , mengemukakan teori Bumi adalah pusat alam. Teori ini diterima dan dijadikan pegangan gereja.

610-
Al-Quran diturunkan, Nabi Muhammad SAW mengajar al-quran kepada manusia.

1543-
Nicolaus Copernicus ,mengatakan matahari adalah pusat alam(teori heliosentrik) . Copernicus digambarkan Martin Lurther sebagai orang gila dan dikatakan melawan injil akibat teorinya. Teori ini memberi tamparan hebat bagi pihak gereja yang sebelum ini berbangga dengan teori Bumi adalah pusat alam kerana teori itu mengangkat bumi sebagai tempat yang mulia

1687-
Newton menemukan teori graviti, menerangkan tentang paksi-paksi dan orbit-orbit planet

1918-
Harlow Shapley berhasil menentukan pusat galaksi Bima
Sakti ( Matahari beredar mengikut orbit didalam galaksi Bima sakti)

1974-
Stephen Hawking telah mengemukakan teori big-bang ,asas pembinaan alam semesta

2009-
Teori big-bang dikemaskini dan diperincikan.




"Muhammad SAW tidak gila "

"Muhammad SAW bukan pembohong"


Lihatlah
Kebenaran Al-Quran,
Lihatlah 
Kebenaran Nabi Muhammad SAW, utusan Allah

Ketika teori Claudius Ptolemeus diterima umum yang mengatakan Bumi pusat alam dan menggambarkan bumi sebagai benda yang statik, Nabi Muhammad menerangkan..
“Kamu lihat gunung-gunung itu. Kamu sangka dia diam. Padahal, ia berjalan
sebagaimana jalannya awan… Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu
kerjakan”. (Q.S. An-Naml: 88)


Dan Mereka kata 
" Muhammad, kau dah gila"
cuba kita lihat penemuan sains hari ini... Adakah bumi itu tidak bergerak ? Adakah semua benda mengelilingi bumi? 
Tidak!
Tabahnya hati Al-Muallim Nabi Muhammad SAW ketika dia dituduh gila..

Ketika Harlow Shepley dapat menemukan galaksi bima sakti dan mendedahkan bahawa matahari juga berpusing mengikut orbit pada tahun 1918 , Nabi Muhammad SAW dulu mendedahkannya 1300 tahun sebelum Shepley.
“Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, Matahari dan Bulan. Masing-masing
beredar pada garis edar (orbit)-nya” (Al- Anbiya 33)

Dan apabila saintis-saintis hebat seperti Albert Einstein dan Hawking mendedahkan kejadian alam melalui teori Big-bang,
Nabi Muhammad SAW telah terlebih dahulu menceritakannya 1400 tahun dahulu.. 


Adakah Muhammad pembohong?

Adakah Muhammad GILA

************************************************************************************************
Benarlah kata Nabi Muhammad SAW
"Islam bermula dalam keadaan pelik (Ghuraba) ,ia akan kembali dalam keadaan pelik.Beruntunglah orang yang berpegang dengan islam ketika islam dalam keadaan pelik" Hadis Riwayat Muslim

Ketika Islam baru diperkenalkan.. Orang memandang islam janggal dan pelik..
Mana tidaknya
Rasulullah membawa ajaran yang mengatakan tuhan itu tiada rupa, persamaan taraf hamba dan tuan, melarang dari menyembah berhala, dan bermacam lagi 

sememangnya ajaran ini dianggap pelik kerana bertentangan dengan gaya hidup zaman jahiliyah yang sememangnya hidup mereka tunggang langgang.

Dan sabda Rasulullah SAW.. 
Ia akan kembali pelik..

Lihatlah zaman sekarang..
Jikalau kita membaca al-quran sementara menunggu bas..
pastinya masyarakat memandang pelik..
Apabila kita masuk ke shopping mall dengan berserban dan berkopiah . mesti kita dianggap pelik.
Apabila kita lepak dengan kawan-kawan dan membuka cerita tentang agama .. pastinya kita dianggap pelik.
Dan agak pelik jika kita kejutkan kawan kita di tengah malam untuk membuat Qiamulail tetapi tidak pelik jika kejutkan untuk menonton perlawanan bola sepak.

Pelaksanaan islam dalam kehidupan sekarang pun sudah dianggap pelik..
benarlah kata-kata mu wahai Rasulullah SAW.

kita sering hanyut dengan rentak dunia sekarang ini..
Sampaikan kita sering terlupa dan leka mengejar dunia maya kita..
Alangkah baiknya jika Rasulullah SAW masih hidup zaman sekarang
Pastinya pegangan umat sekarang lebih kukuh dan islam akan kembali gemilang ..

wahai Rasulullah..
Kami rindu padamu... 
-Pengembaraan Mencari Tuhan-

Tuesday, February 2, 2016

Result sem 1 2015/2016


Alhamdulillah Ya Allah atas segala nya yg Engkaupun beri kan pada Hamba.. Berapa pun cgpa yg Hamba dah dapat, Hamba bersyukur sangat.. Kegagalan hari ini tak menentukan kegagalan hari esok andai engkau bangkit dari kegagalan yang dulu.. Usaha dan tawakal itu teramat penting.. Aku Belajar sesuatu yg sgt bernilai dlm hidup aku sepanjang bergelar student Universiti.. 

Terima kasih Ya Allah atas semua ini. Aku janji aku akan bangkit dari kesilapan yg lalu.. Se pnjg auk bergelar student, aku Belajar dgn perkataan ini

KEBERKATAN
TAHAJJUD
USAHA
LATIHAN
MASA
SABAR
IKHLAS
NIAT

Aku bersyukur sangat.. 
Biarkan kesilapan yg lalu mengejar kamu akan kesenangan dan kejayaan yg akn dtg..

Bye semester 1, welcome semester 2..
Perhaps you'll be nice to me. I GUESS so.. 

Thursday, January 14, 2016

Kawan

Kawan,
Andai kau rasa diriku ini tidak berguna,
lepaskan aku.
lepaskan aku dari sengsara
lepaskan aku dari segala sengketa
lepaskan aku dari segala duka
lepaskan aku dari terus tersiksa.

Kawan,
Andai kau tahu,
Selama ini ku anggap dirimu sebagai permata,
permata yang teramat berharga,
Berbagai rintangan telah kita lalui bersama,
tapi kau tak endahkan.
Aku cuba menepis segala prasangka.
malangnya ia semakin membara.

Kawan,
Aku insan biasa,
memang manusia tidak sempurna,
tapi tolong,
tolong hargai seseorang di depan mata.
selagi ia masih bernyawa.
Nukilan NFG


Sunday, January 3, 2016

Nukilan sikettt hari nieyy(1st entry in 2016)

Andai engkau hadir tanpa dipinta,
aku terima dengan seadanya,
Aku hanya insan yang lemah,
tatkala suratan takdir menentukan ia.
Aku cuba untuk menjaga pandangan,
tapi bisikan itu menegahnya.
Aku ingin meluahkan isi hati yang terbuku ini,
tapi aku malu.
Aku pendam.
Aku menjadi angau dek indahnya dilamun cinta.
Malangnya,
ia hanya seketika.
Benarlah Allah itu Tuhan yang Mengawasi,
Maha Melindungi.
Setiap yang indah telah menjadi gundah.
Segala keaiban yang terselindung telah ditunjukkan kepadaku.
Bukan untuk mengaibkan,
tapi sebagai satu kesedaran.
Agar aku berfikir.
Siapakah yang lebih layak untuk diingati selalu.
Manusia- insan yang membuatmu sering terluka dan tidak pernah tahu apa yang sedang kamu rasakan?
atau
Allah- Tuhan yang sentiasa mengawasimu dan sentiasa ada dikala diri diperlukan?
Siapa yang layak diingati selalu? 
Atau
Manusia diperlukan pada waktu kau senang
Dan
Allah diperlukan pada waktu kau berduka?
Adakah itu yang terbaik yang kau rasakan?
Sayang.
Amatlah rugi jika kau hanya meletakkan Allah disaat kau berduka sahaja.
Aku selalu terfikir,
 "Kenapa aku terlalu menanti cinta dari manusia."
Sedangkan ada cinta yang lebih agung telah menantimu untuk mendekatimu.
Adakah kau sedar?
Aku bersyukur.
Di kala aku alpa dari mengingatiNya,
Dia sudi menegur kesilapanku.
Walau perit untuk menerima ketentuan ini,
Dia memberi peluang untuk aku dekatiNya.
Pada mulanya untuk aku menerima ketentuan ini amat menyakitkan.
Aku tahu.
Allah tak akan pernah menyia-nyiakan hidup hambaNya.
Dia ingin menunjukkan kebenaran padaku.
Aku bersyukur doaku Allah kabulkan.
Setiap masa aku berdoa agar Allah tunjukkan aku jalan yang benar.
Dan jauhilah aku dari segala kebatilan yang tidak pernah aku tahu.
Wahai sahabat,
Andai hatimu sedang terluka,
Jangan pernah lupa pada Yang Esa.
Dikala manusia tidak mengerti perasaanmu,
Ingatlah ada yang sangat mengertimu.
Berdoalah padaNya.
Tika manusia menyakitimu,
Dekatkanlah dirimu padaNya.
Dia lebih mengenalimu sebenar-benarnya.
Wahai sahabat,
Walau ketentuan ini perit untuk dilalui,
Ingatlah,
Ada yang lebih perit yang dilalui oleh manusia di luar sana.
Bersyukurlah atas segala nikmat yang dikurniakan Allah kepadamu.
Yakinlah padaku,
Allah tidak pernah akan menyia-nyiakan hidupmu.
Keyakinan itu benteng umat Islam.
Percayalah.
Nukilan: NFG


Dekatkan dirimu kepada Allah. Alaa, kau boleh je luangkan masa ber'date' dengan BF/BFF/GF, apa kata kau plan masa untuk ber'date' dengan sang Pencipta di 1/3 malam. Baru SWEET. Luahkan apa yang kau pendam kepadaNya. Dia sangat mencintai hamba-hambaNya yang meluahkan isi hati yang terbuku kepada Dia sahaja. Kau tak rasa sweet ka? Malam-malam beb , tak ada orang kecuali kau dengan si Dia (ALLAH). Line Clear. Allahu. Serious talk. Cubalah bangun tahajjud 1/3 malam. Aku yakin kau akan dapat ketenangan bersamaNya. Beruntunglah manusia yang menjaga kewajipannya dan menjaga solat malam mereka. Allahu. Apa2 pun aku nak kata yang aku, Alhamdulillah, bersyukur dengan cinta yang Allah berikan. Cinta Allah mengatasi segala-galanya. Terima Kasih Ya Allah kerna sentiasa ada di sisi kami di kala manusia lain mengabaikan kami. Maaf salah dan silap tutur kata, harap dimaafkan. #SisKuat #SisNakNangessss

Wassalam. Have a good life lillahi ta'ala.




 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.