Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
I'm a Muslim Girl
Annyeong Haseyo! Selamat Datang ke "I'm A Muslim Girl"'s Blog Semoga Pengisian yang Bermanfaat Untuk Semua! Smile Always :)

Tuesday, April 29, 2014

Buatmu Para Gadis dan Wanita

 Mohon kepada gadis-gadis dan juga para wanita baca post ni sampai habis .!

Saat memandang kain sempit mu , seluar ketat mu , baju sendat mu , tudung singkat mu , solat dan ibadahmu , Aku ingin sekali menegurmu . Namun Sering saja terkaku . Rasa tak mampu . Kerana merasa diri bukanlah insan yang terbaik untuk menegur . jauh di sudut hati terasa bimbang , Aku bimbang di akhirat kelak Kau akan mempersoalkan aku . 
" KAU SAHABAT AKU , KENAPE KAU TAK TEGUR AKU DULU ? , KAU MEMANG SENGAJA NAK AKU KE NERAKA KAN ? , KAU SENGAJA TANAK AKU BAHAGIA MASUK SYURGA SENDIRIAN KAN ? AKU KURANG ILMU AGAMA , TAPI KAU TINGGI ILMU AGAMA ! MANA AJARAN AGAMA KAU TOO ? KENAPA KAU TAK GUNA UNTUK BANTU AKU ? KAU TUNGGULAH DI AKHIRAT KELAK . AKU KAN AKAN TARIK KAU KE NERAKA SEBAB KAU TAK TEGUR AKU " . 

Allahu . Sahabat , Begini lah cara aku menegur mu Dengan post kecil ini . Hari ini Sekurang - kurangnya Bila aku di soal Dia di akhirat nanti Tentang apa yang aku lakukan untuk sahabatku ,

 Aku boleh jawab bahawa 

" AKU TELAH MENEGUR MEREKA DENGAN POST KECIL KU INI DAN DENGAN SELEMAH LEMAH IMAN AKU IAITU MENDOAKAN MEREKA DARI JAUH "


Sumber dari Facebook by Ukhti kita Syazana Abu Bakar

Saya pun nak tegur juga tapi dengan cara berkongsi status tersebut saje..Maaf sebab sy x pandai bermadah hanya doa sahaja yang dapat dipanjatkan..:)


#Kalau ada salah dan silap @ terkasar bahasa harap dimaafkan dan ditegur..TQ






Aku Nak Bertaubat!

Hari ini saya nak kongsikan beberapa gambar yang berkaitan dengan 

"TAUBAT"

Tak mo cakap2 panjang sangat..Letih! :)




"Ya Allah Ampunilah Daku dan Terimalah Taubatku"








Jom Baca sama2 :)



Setakat itu dululah pertemuan kita..haha

#sorry_kalau_gambar_tu_tak_de_kene_mengena_dengan_topik_kita_hari_ini

and

"TQ FOR WATCHING!!"



Tuesday, April 22, 2014

"Tuhan Tuan-Tuan Semua Berada Di Bawah Tapak Kaki Saya"

SYEIKH ABDUL QADIR JAILANI berkata: 
"Ketahuilah bahawa agamamu akan hilang disebabkan 4 perkara:
1.Kamu tidak mengamalkan apa yang telah kamu ketahui
2.Kamu mengamalkan apa yang tidak kamu ketahui
3.Kamu tidak mahu berusaha mengetahui apa yang tidak kamu ketahui,
sehingga tetap bodoh
4.Kamu melarang manusia untuk berusaha mengetahui apa yang
mereka tidak mengetahuinya

Ada sebuah kisah yang berlaku kepada Syeikh Abdul Qadir Jailani. Dia didatangi oleh pemuka-pemuka kota Baghdad untuk diajak bersama dalam satu majlis ibadah malam secara beramai-ramai. Dia menolak tetapi pemuka-pemuka tersebut berkeras juga mengajak beliau hadir. Untuk dapat berkat, kata mereka. Akhirnya, dengan hati yang berat, Syeikh Abdul Qadir bersetuju untuk hadir.

Pada malam berkenaan, di satu tempat yang terbuka,beratus-ratus orang hadir dengan melakukan ibadah masing-masing. Ada yang bersolat. Ada yang berwirid. Ada yang membaca Quran. Ada yang bermuzakarah. Ada yang bertafakur dan sebagainya. Syeikh Abdul Qadir duduk di satu sudut dan hanya memerhatikan gelagat orang-orang yang beribadah itu.

Di pertengahan malam, pihak penganjur menjemput Syeikh Abdul Qadir untuk memberi tazkirah. Dia cuba mengelak tetapi didesak berkali-kali oleh pihak penganjur. Untuk dapat berkat, kata mereka lagi. Akhirnya dengan hati yang sungguh berat, Syeikh Abdul Qadir bersetuju.

Tazkirah Syeikh Abdul Qadir ringkas dan pendek sahaja.Dia berkata:
“Tuan-tuan dan para hadirin sekelian. Tuhan tuan-tuan semua berada di bawah tapak kaki saya.”

Dengan itu, majlis terkejut dan menjadi gempar dan riuh rendah. Para hadirin terasa terhina dan tidak puas hati. Bagaimanakah seorang Syeikh yang dihormati ramai dan terkenal dengan ilmu dan kewarakannya boleh   berkata begitu terhadap Tuhan mereka. Ini sudah menghina Tuhan. Mereka tidak sanggup Tuhan mereka dihina sampai begitu rupa.

Mereka sepakat hendak melaporkan perkara itu kepada pemerintah. Apabila pemerintah dapat tahu, diarahnya kadhi untuk menyiasat dan mengadili Syeikh Abdul Qadir dan jika diadapati bersalah, hendaklah dihukum pancung.

Pada hari pengadilan yang dibuat di khalayak ramai,Syeikh Abdul Qadir dibawa untuk menjawab tuduhan.
Kadhi bertanya, “Benarkah pada sekian tempat, tarikh dan masa sekian, Tuan Syeikh ada berkata di khalayak ramai bahawa tuhan mereka ada di bawah tapak kaki Tuan Syeikh?”

Dengan tenang Syeikh Abdul Qadir menjawab, “Benar, saya ada kata begitu.”

Kadhi bertanya lagi, “Apakah sebab Tuan Syeikh berkata begitu?”

Jawab Syeikh Abdul Qadir , “Kalau tuan kadhi mahu tahu, silalah lihat tapak kaki saya.”

Maka kadhi pun mengarahkan pegawainya mengangkat kaki Syeikh Abdul Qadir untuk dilihat tapak kakinya. Ternyata ada duit satu dinar yang melekat di tapak kakinya. Kadhi tahu Syeikh Abdul Qadir seorang yang kasyaf.

Fahamlah kadhi bahawa Syeikh Abdul Qadir mahu mengajar bahawa semua orang yang beribadah pada malam yang berkenaan itu sebenarnya tidak beribadah kerana Tuhan. Tuhan tidak ada dalam ibadah mereka. Hakikatnya, mereka tetap bertuhankan dunia yang duit satu dinar itu menjadi lambang dan simbolnya.

Kalau di zaman itu pun manusia sudah hilang Tuhan dalam ibadah mereka, apatah lagi di zaman ini. Itu dalam ibadah. Kalau dalam hidup seharian, sudah tentu Tuhan tidak langsung diambil kira.

Wallahualam Bissawab...

Saturday, March 22, 2014

Do we really care about our brothers and sisters?

You Don'T Care Because I'm Not Your Child, Right?
O=o Do we really Care about Them..?hah
(I Ask Myself)

Sorry because I could not speak English better..
But i'm trying to be improve My English..InsyaAllah

Does Someone here can help me to improve  My English better..?haha
Its Okay! I'm Just Kidding and Pulling your leg..Is it right..?

Adakah kita benar2 tidak mempedulikan mereka..?
Atau apa yang dikatakan itu benar..?

Allah Lebih Tahu Segala-galanya..
Kita sebagai manusia adalah hambaNya..
Apa salahnya kalau kita tak boleh tolong Saudara seislam kita dengan menghantar bekalan makanan or pakaian or others,
kita bolehkan kirimkan kepada mereka melalui Allah dengan berdoa..

Ingat Sahabat2 yang ku sayangi sekelian:

DOA ADALAH SENJATA BAGI ORANG MUKMIN

Dan ingat juga..

 Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang didoakan.Rasulullah SAW bersabda, "Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata 'aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan'"
(Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' ra., Shahih Muslim no. 2733)

Okay saya rasa cukup sampai disini entry pada kali ini..InsyaAllah lain masa akan saya update if there is nothing obstacles..Semoga dipermudahkan urusan..

Robbi yassir wala tu'assir
One more thing!
#Kalau ada salah dan silap atau terguris hati, maafkan saya..mungkin saya tidak menyedari kesilapan itu..Saya hanya hambaNya..Yang Baik Itu Dari Allah Dan Yang Buruk Itu Dari Kelemahan Saya Sendiri..I'M SORRY! 

Tips-tips untuk bangun Subuh


Tazkirah pagi sket untuk diri ini... :))

Tips-tips untuk bangun Subuh:
1- TIDUR AWAL.
-Mulakan tidur selepas Isyak, mudah-mudahan dapat bangun tahajud sekali. Best!

2- MEMELIHARA ADAB TIDUR.
-Jangan abaikan sunnah-sunnah sebelum tidur seperti berwuduk, tidur dilambung kanan, dan sebagainya.

3- MEMENUHKAN DADA DENGAN IMAN DAN AMAL SOLEH
-Setiap hari jangan tinggalkan solat, solat diawal waktu, kemudian tambahkan amalan-amalan yang lain seperti membaca Al-Quran, puasa sunat, sedekah, dan sebagainya demi meningkatkan iman kepada Allah. Lama-lama iman dan taqwa makin mantap, makin rasa bertanggungjawab untuk menunaikan kewajipan2 yang diperintahkan keatas kita.

4- MENJAUHI PERBUATAN MAKSIAT
-Maksiat akan memberi kesan kepada diri kita. Semakin banyak kita membuat dosa, semakin parah 'hati' kita. Dosa-dosa itu umpama titik-titik hitam yang akhirnya akan menghitamkan seluruh hati. Sudahlah hitam, berkarat pula, bertambah keras. Jernihkan hati dengan istighfar, tinggalkan maksiat supaya Allah redha kepada kita dan kurniakan kita kebaikan2, hidup pun tenang, semuanya mudah termasuk bangun Subuh.

5- MENGETAHUI BALASAN BAGI ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT.
-Contohnya balasan terhadap orang yang meninggalkan solat Subuh, dia akan dicampakkan ke dalam neraka selama 60 tahun. 1 tahun di akhirat sama dengan 1000 tahun di di dunia.. Agaknya berapa lama kita akan duduk di dalam neraka kalau sekadar tinggalkan solat Subuh untuk 1 kali tanpa ada keuzuran? Fuhhh ngeriii...

6- MUJAHADAH
-Yakni bersusah payah demi agama. Ada satu benda dalam diri kita yang tidak suka kepada perkara-perkara agama, yakni NAFSU. Maka apa saja yang nafsu suka, LAWAN dan LAWAN dan LAWAN sebaik mungkin. Kalo mengantuk, BANGUN! Ingatlah, solat adalah kewajipan, satu perintah ALLAH yang wajip ditunaikan oleh seluruh umat Islam. 

7- DOA
-Lahaulawala quwwata'illa billah..
Kita hanya mampu berusaha, tapi jiwa kita ini 'dipegang' oleh Maha Pencipta. Kita takkan mampu melakukan apa saja tanpa pertolongan dari Allah. Maka mintalah kepada Allah untuk membangunkan kita setiap pagi untuk menunaikan solat Subuh BERJEMAAH. 

Semoga bermanfaat, InsyaAllah..

Tuesday, March 18, 2014

Janganlah ENGKAU Serahkan Aku Kepada Diriku Sendiri

Doa agar ALLAH jaga setiap masa
Dari Anas bin Malik radliallahu ‘anhu, bahwa beliau mendengar Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda kepada Fatimah: 

ما يمنعك أن تسمعي ما أوصيك به ، أو تقولي إذا أصبحت وإذا أمسيت : يا حي يا قيوم برحمتك أستغيث ، أصلح لي شأني كله ، ولا تكلني إلى نفسي طرفة عين 
“Apa yang menghalangimu untuk mendengarkan nasihatku, bacalah ketika pagi dan petang hari: Ya hayyu ya qayyuum birahmatika…..(sehingga habis).”(Riwayat Nasa’i, al-Bazzar & al-Hakim, dinilai hasan oleh Nasiruddin al-Albani)

Alhamdulillah masih diberi oleh Allah SWT kesempatan untuk menulis entry pada kali ini..
Dah ucap 
ALHAMDULILLAH ?

Semoga Dipermudahkan urusan Dunia Dan Akhirat..AMIN

Saturday, March 15, 2014

Result,result,result...?

Kejayaan Nik Nur Madihah dalam SPM (Allahu Robbi)
Result,result,result

Pasti perkara ini sedang bermain dalam fikiran calon SPM 2013 sekarang..Result dah nak keluar ni..Beberapa hari lagi..Iaitu pada 20 Mac 2014..Saya pun ialah salah satu calon SPM 2013..Rasa debaran kian terasa..Solat,doa dan tawakkal sahaja yang dapat dilakukan pada waktu sekarang..

Setiap makhluk Allah yang diciptakan pasti akan merasai ujian dan dugaan dan paling wajib kita akan rasa ialah sebuah KeMATIan...Allahu

Tak apalah sebagai saudara Seislam , kita perlu sentiasa banyak berdoa,berzikir,solat hajat dan banyak lagi supaya Allah kuatkan iman kita semasa nak ambil result..Redha dan pasrah bukan senang tapi sebagai hamba Allah kita mesti yakin dengan Allah..doa banyak-banyak supaya Allah lapangkan dada kita..Kita dah buat yang terbaik sebelum ini,mungkin ada hikmah disebaliknya...Yakin Pada Allah..:)

Saya pun berdebar jugak ni tapi apakan daya Allah lebih mengetahui segala-galanya sama ada dilangit dan dibumi...Akhir ucapan,InsyaAllah saya akan sentiasa mendoakan kejayaan kalian  semua sama ada yang ambil periksa ke atau yang tidak, semoga Allah memberkati setiap pekerjaan yang kita buat dan terutama sekali kejayaan kita semua didunia dan diakhirat..Semoga Berjaya semua!!Amin,InsyaAllah! Yakinlah pada Allah kerana Allah sentiasa disisi kita..Jangan sesekali ragu-ragu padaNya...Allahu Akbar!

#Sentiasa beristiqomahlah dalam menggapai redha Allah ye..jangan mase peperiksaan je ok!
Wallahu a'lam..

Thursday, March 13, 2014

Keep on praying #DoaUntukMH370

Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan kehilangan pesawat MAS_MH 370..
Dan sehingga sekarang, masih belum ada sebarang petunjuk..Tapi kita perlu sentiasa berdoa kepada Yang Maha Kuasa semoga dimudahkan urusan dalam pencarian pesawat tersebut..InsyaAllah..

Kita sebagai umat islam haruslah mempercayai bahawa pasti ada hikmah disebalik kejadian ini..Allah rindu untuk mendengar rintihan kita sebagai hambanya yang selama ini lalai daripada mengingatiNya..Doalah kerana doa itu adalah senjata bagi orang mukmin..

Allah Berfirman yang bermaksud:
Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. 
Al Baqarah 286.

Yakinlah dengan janji Allah..Allah sangat mengetahui kekuatan hamba-hambaNya..
Janganlah kita mudah berputus asa kerana Allah tidak suka orang yang mudah berputus asa..Berdoalah dan mengadulah kepada Allah kerana Allah sentiasa bersama kita..InsyaAllah..

Saya mohon sangat kepada semua agar berdoalah dengan menitiskan air mata yang ikhlas kerana Allah..Allah sangat menyukai hamba-hambaNya menitiskan air mata keranaNya..Jom sama-sama kita doakan keselamatan mereka..

Bismillahirrahmanirrahim..

Antara doa yang dibacakan olah hafiz hamidun dalam rancangan khas di Astro Ria baru-baru ini



Doa Nabi Yunus ketika di dalam perut ikan. 
Allah SWT berfirman maksudnya : “Sesungguhnya Yunus benar-benar salah seorang rasul. (Ingatlah) ketika ia lari ke kapal yang penuh muatan, kemudian ia ikut undi lalu dia termasuk orang-orang yang kalah dalam undian. Maka ia ditelan oleh ikan besar dalam keadaan tercela. Maka kalau sekiranya ia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah, nescaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit. Kemudian Kami lemparkan dia ke daerah yang tandus, sedang ia dalam keadaan sakit. Dan kami tumbuhkan untuk dia sebatang pohon dari jenis labu. Dan Kami utus dia kepada seratus ribu orang atau lebih. Lalu mereka beriman, kerena itu Kami anugerahkan kenikmatan hidup kepada mereka hingga waktu yang tertentu.” (Surah as-Saffat ayat 139-148) 
Firman-Nya lagi yang bermaksud : “Dan (ingatlah kisah) Zun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahwa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya) maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: ‘ Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk orang-orang yang zalim. Maka Kami kabulkan (doanya) dan Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman." (Surah al-Anbiya’ ayat 87-88)



 Amin...
#PrayForMH370
#DoaUntukMH370 

Wednesday, February 19, 2014

Karya Rusydee Artz

Kadang-kadang bila demam. Bila sakit.
Bila ada masalah.

Sakit tak larat sampai terlena.
Tak mampu nak keluar dari masalah sampai tertidur.

Datang ayah atau ibu dalam mimpi.

Kegelisahan berkurang.
Hati jadi tenang.
Terasa kerinduan.

Allah anugerahkan ibu ayah penuh hikmah.
Di dalam nyata menjaga kita.
Di dalam mimpi menenangkan jiwa.
Subhanallah.

Akhirnya air mata mengalir dalam lena.

Tuesday, February 18, 2014

10 Janji Allah SWT Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin


Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan 
timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga 
tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…
1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.
2. “Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.
Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?
3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.
4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)
5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.
Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,
Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,
Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.
Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).
Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).
6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.
7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.
8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)
Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.
9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)
10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.
Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?

Wallahu'alam..

Monday, February 17, 2014

3 Tips Termudah untuk Merawat Hati yang Kecewa

Bercakap soal dunia, banyak saja perkara yang akan mengecewakan kita. Adakah saja kerana dunia memang diciptakan untuk meremukkan hati kita?
ada yang kecewa kerana jodohnya lambat tiba, sedangkan usianya makin lanjut,
ada hati yang gelisah dek keampunan daripada manusia belum diterima,
ada pula yang remuk hatinya apabila ditinggalkan kekasih,
ada juga yang resah tidak ketahuan.
Begitulah hidup ini, sering kali melelahkan. Namun, tidakkah kita tahu Allah itu mendengar setiap keluhan kita, biar kita hanya memendam sendiri?
Sedikit tips yang saya mahu kongsikan, harapnya dapat memberikan ilham untuk anda juga, mengubati kekecewaan di hati.
1. INGAT ALLAH
Inilah yang paling utama sekali. Biarlah jika yang belum baik hatinya berkata, “eleh, bila dah jadi camni baru nak ingat Allah, sebelum ni berjimba je reti. Ptuiiihhhhh!” . Ah, biarkan saja, bukankah Allah telah berkata, ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram, seperti yang telah tercatat dalam surah Ar-Rad’ , ayat yang ke 28.
Allah juga berfirman,
Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” (  At -Taubah : 40 )
Ingatlah Allah, bahawa Allah tu dekat,
“Dan Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka katakanlah sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang yang memohon apabila ia memohon kepadaKu. Maka hendaklah mereka memenuhi (panggilan/perintah)Ku, dan beriman kepadaKu agar mereka mendapat petunjuk (bimbingan)”. (Al-Baqarah: 186)
2. Gandakan Istigfar dan Zikir
  • Ia adalah zikir yang ringkas, namun, memiliki keutamaan yang luar biasa.
لاَ هَوْلَ وَلاَ قُوَّتَ اِلاَّبِاللّهِ
(Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata)
  • amalkan bacaan yang amat mudah ini.
حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
(Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)
3. Solat Sunat Tahajud
Bankitlah untuk bertahajud. Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup. Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.
Imam al-Mubarakfuri berkata:
“Suatu malam aku bangun dan merenungi al-Quran, lalu aku bandingkan amalanku dengan amalan ahli syurga. Ternyata, aku dapati bahawa amalan mereka begitu berat (mantap). Hampir tidak ada malam yang berlalu tanpa mereka gunakan untuk beribadah. Setiap malam mereka bersujud dan berdiri di hadapan Rabb mereka. Ku lihat diriku bukanlah termasuk di antara mereka.”
Doa terkabul di sepertiga malam, insyaAllah! Doalah agar Allah tenangkan hatimu.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Tuhan kita Yang Maha Berkat dan Maha Tinggi turun ke langit dunia setiap malam, pada sepertiga malam terakhir dan berfirman, ‘Barangsiapa yang berdoa kepadaKu pasti Aku kabulkan, barangsiapa meminta kepadaKu pasti Aku beri, dan barangsiapa yang memohon ampunanKu pasti Aku ampuni’.”
(HR Bukhari)



“Why must all this happen to me”"Sebab Dia”"Sebab apa?”
“Sebab Allah sayang awak. Dalam banyak-banyak orang, Allah chose you. There must be a reason. You must be someone. You must be, special.”
Ini adalah sebahagian perkara yang diajarkan kepada saya untuk tenangkan hati. Apakah anda pernah berjaya mengatasi rasa sedih dan tak tenang?
Marilah berkongsi dengan saya cara anda pada ruangan komen dibawah.

Sumber dari :http://www.ezzahislam.com/ @ Geng Tudung Labuh In Facebook Fanpage
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.