Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
I'm a Muslim Girl
Annyeong Haseyo! Selamat Datang ke "I'm A Muslim Girl"'s Blog Semoga Pengisian yang Bermanfaat Untuk Semua! Smile Always :)

Wednesday, July 1, 2015

Kisah Pengembara dan Daun


"Dialah yang membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan. Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan perhitungan yang tertentu. Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu, masing-masing tunduk menurut peraturanNya"
----------------------------------
-ar-Rahman : 4-6

Kehidupan kita ibarat seorang pengembara 

Tersebutlah kisah, seorang pengembara berjalan meredah hutan. Beliau suka mengembara sendirian. Baginya, manusia sentiasa perlukan masa untuk bersendirian. Bersendirian melalui sungai dan laut. Bersendirian merentasi negara dan benua. Itulah satu pengembaraan untuk mencari makna hidup.

Dalam hutan yang diredahinya, beliau menatap indahnya kehijauan tumbuh-tumbuhan. Warna hijau daun itu enak dipandang, menenangkan jiwa dan menyegarkan perasaannya.

Lalu dipetik sehelai daun, indah bentuknya, warnanya, indah seadanya. Pengembara itu melihat daun itu sama seakan dirinya. Bila daun dipetik dari pohonnya, daun itu pasti akan layu. Daun itu layu bukan kerana ia tidak mampu hidup sendirian. Daun masih mampu menyerap cahaya, mampu memerangkap karbon dioksida yang diperlukan oleh tumbuhan.

Tetapi bila 'diri'nya dipetik, hilanglah fungsinya kepada pokok. Hidupnya tak bermakna kerana tidak diperlukan. Seandainya ia mampu memerangkap cahaya dan karbon dioksida sekalipun, ianya tidak dapat disumbangkan kepada pokok, kerana terputus hubungan antara daun dan pokok.

Ya, daun itu ibarat dirinya sebagai individu. Dan seluruh komponen pohon itu ibarat sebuah masyarakat.

Seorang individu dalam masyarakat sama seperti daun. Seandainya dia merasakan dirinya tak diperlukan dan tak dihargai oleh masyarakat, dia ibarat daun yang dipetik dan dicabut peranannya daripada pokok.

Maka tak hairanlah, orang yang kita lihat bermasalah adalah orang yang dibuang dari masyarakat. Mereka mencari fungsi-fungsi lain untuk hidup agar manusia lain melihat dan menyedari kewujudan mereka dalam masyarakat.

Akhirnya mereka memilih untuk menjadi samseng, untuk meraih perhatian. Mereka mencari tempat berpeleseran mengharapkan ada tempat untuk meluahkan kasih sayang. Mereka ibarat daun yang dipetik, hilang tujuan hidup lalu layu dan mati.

Maka demikian hubungan sesama manusia dalam masyarakat. Setiap dari kita saling memerlukan. Dalam Islam, diterapkan elemen ukhwah yakni persaudaraan sesama manusia. Manakala dalam perspektif undang-undang di bawah Hukum Tort ( memandangkan penulis seorang pelajar undang-undang), orang Barat telah memperkenalkan 'Neighbourhood Principle'. Sebuah prinsip bahawa, setiap orang di sekeliling kita adalah tanggungjawab kita. Dalam prinsip ini, kita mempunyai 'Duty of Care' pada setiap orang di depan, belakang, kiri dan kanan kita.

Pengembara tadi tersenyum sendirian. Beliau terfikir sejenak akan dirinya.

Walau manusia mempunyai masa dan ruang untuk bersendirian, manusia takkan mampu untuk bertahan sendirian selamanya. Sebagaimana daun yang dipegang di tangannya. Hari ini indah, esok dan lusa pasti layu kerana tak diperlukan.

Manusia jua begitu, perit rasanya apabila menanggung perasaan sakit bila diri tidak diperlukan.

Sedikit kongsian saya untuk anda. Sumber ini telah diambil dari buku GENESIS METAMORFOSIS.
Kalau ada salah dan silap yang membuatkan anda terasa, saya ingin mohon maaf atas kelemahan tersebut. Sebelum saya mengakhiri penulisan ini, tak terlambat kot saya untuk mengucapkan SELAMAT BERPUASA KEPADA ORANG-ORANG ISLAM DI SELURUH DUNIA. Semoga puasa kita diberkati Allah. Amiin..

In shaa Allah,kalau ada kelapangan saya akan kongsikan tajuk yang seterusnya.. "Teruskan berdakwah, walau cacian yang kamu terima." Thanks sudi membaca.. :)


 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.