Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
I'm a Muslim Girl
Annyeong Haseyo! Selamat Datang ke "I'm A Muslim Girl"'s Blog Semoga Pengisian yang Bermanfaat Untuk Semua! Smile Always :)

Thursday, June 29, 2017

开斋节快乐 (SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2017)

大家好!你好吗?我很好!我希望你们健康。开斋节有来了。恭祝大家开斋节快乐!
Assalamualaikum. Hai semua! Apa khabar? 4 hari yang lepas kami, umat islam telah menyambut kemenangan yang besar dalam menahan hawa nafsu kami dengan memperbanyakkan amalan yang diperintahkan Allah selama sebulan. Sebulan berpuasa, menahan nafsu lapar dan juga dahaga sebenarnya banyak mentarbiyah diri manusia. Sedar tak sedar, dah habis sebulan. Hmm banyak kelebihan yg Allah beri untuk bulan yang penuh kemuliaan ini. Baru aku sedar bahawa aku sedang merindui RAMADHAN yang teramat. Aku rindu untuk ditarbiyah. RINDU TERAMAT. Allahuu. Dapat ke aku merasai lagi untuk masa akan datang? Aku rindu sangattt. ;(
.
Allah Maha Mengetahui. Benarlah, orang kata, sedih sangat bila ramadhan dah nak pergi. Sepanjang 20 tahun aku diberi peluang untuk bernafas dan menikmati detik-detik ramadhan, aku tak pernah merasai tenang dalam beribadah kepada Allah seperti ramadhan kali ini.hmm Semoga ramadhan akan datang akan lebih tenang dan lebih banyak buat amal jariah kerana Allah. Bukan setakat dalam bulan ramadhan sahaja tapi juga untuk bulan-bulan yang mendatang. In shaa Allah. Kalau ada masa lagi, nak sangat betulkan niat kerana Allah. Nak jadi lebih baik daripada sebelumnya. In shaa Allah. Apa-apa pun, raikanlah kemenangan pada hari ini, kemenangan dalam menentang hawa nafsu yang telah dilatih selama 11 bulan. Tapi yakin dengan Allah. Allah ada. Apa-apa pun, istiqomahhh tu pentingg. 
.
Dahla, panjang pulak makcik ni membebel. Aku stop kat sini dlu entry pada hari ini. Grab the chances in front of you. Bye.  Sebelum tu nak post kat sini lirik lagu raya in mandarin. :) Semoga bermanfaat untuk yang nak nyanyi lagu raya in mandarin. :)
.
Kaizhaijie Kuaile (Selamat Hari Raya Aidilfitri) 

Kaizhaijie You Lai Le 
(Aidilfitri, datang lagi)
 Women Dajia Yiqi Gongtong Lai Qingzhu
 (Kita semua bersama-sama meraikan kedatangannya)
 Chuan Xin Yi, Dai Xin Di Songgu 
(Pakai baju baru, pakai songkok baru)
 Baba, Mama, Xiongdi Jiemei Huanju Yi Tang
 (Bapa, Ibu, Adik-beradik bersama-sama dengan gembiranya) 
Women Lai Chi Lemang, Ketupat He Kekoukele 
(Marilah kita semua makan lemang, ketupat dan coca-cola) 
Huantian Xidi, Dajia Xiqi Yangyang
 (Hari yang gembira, semua orang sungguh gembira)
 Xiongdi Jiemei Xiangqin Xiang’ai, Dajia Huandu Kaizhaijie 
(Adik-beradik menyayangi satu sama lain, semua orang meraikan Aidilfitri dengan gembira)
 Gongzhu Dajia Kaizhaijie Kuaile 
(Diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua)
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.