Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
I'm a Muslim Girl
Annyeong Haseyo! Selamat Datang ke "I'm A Muslim Girl"'s Blog Semoga Pengisian yang Bermanfaat Untuk Semua! Smile Always :)

Monday, December 26, 2011

IMAM AHMAD BADAWI



Semoga dapat berkongsi ilmu dan pengetahuan pada yang belum mengetahuinya.

Kalau tersilap, tolong betulkan.

Ada seorang wali Allah yang bernama Imam Ahmad Badawi. Beliau dijadikan guru oleh orang ramai kerana ilmunya dan beliau juga seorang ahli ibadah yang sangat tekun.

Imam Ahmad Badawi selalu menyelubung mukanya dengan kain tanpa diketahui sebabnya oleh orang banyak. Semua orang tidak berpeluang untuk melihat wajahnya. Beliau juga pernah ditemui di Makkah, kemudian berada di tempat tinggalnya dalam jarak masa yang sangat singkat walaupun kediamannya adalah jauh dari Makkah. Yang demikian adalah mustahil bagi logik akal.

Terdapat seorang muridnya yang menaruh keinginan yang amat sekali untuk melihat wajahnya. Imam Badawi menegaskan "kamu tidak akan sanggup melihat wajahku". Kerana didesak oleh muridnya itu dan dia berjanji sanggup menanggung risikonya, lalu Imam Ahmad Badawi menyelak selubung mukanya di hadapan murid tersebut. Murid itu walaubagaimanapun meninggal dunia di saat itu juga. Dikhabarkan, murid tersebut tidak mampu mena
han cahaya nur yang cemerlang terpancar dari wajah indah Imam Ahmad Badawi. Allahu'alam.

0 comments:

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.