Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
I'm a Muslim Girl
Annyeong Haseyo! Selamat Datang ke "I'm A Muslim Girl"'s Blog Semoga Pengisian yang Bermanfaat Untuk Semua! Smile Always :)

Monday, March 5, 2012

~...:: Aku Mampu kerana Allah Bersamaku ::...~


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Selawat & salam atas baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga,

para sahabat, para tabii tabiin, seluruh umat Islam. Syukur 
Alhamdulillah atas segala nikmatNya, Redha Alhamdulillah 
atas segala ketentuanNya.



Langkahan kaki seorang muslimah bertapakkan kepada syurga neraka 
si ayah & adik-adik lelakinya. Terus melangkah hingga akhirnya kembali
 pada Dia. Hidup semata-mata untukNya mendidik dirinya agar sentiasa 
redha dengan segala apa yang diberikan olehNya. Biar suka duka itu
 hanya diketahui olehNya.


Tiba masa hidup muslimah itu di saat ingin mengecapi bahagia...langkah..

terus melangkah..hingga akhirnya datang secara tiba-tiba ujian yang
disimpan Allah khas untukNya. Langkah itu terhenti, lutut itu jatuh
tersembam ke tanah, dahi itu tunduk sujud menyembah Ilahi memohon
kekuatan mendamba ketabahan dari Yang Maha Mengetahui segala 
rahsia kehidupan dirinya. Hanya Dia yang mengetahui apa yang telah 
dirinya lalui, hanya Dia juga yang mengetahui apa yang bakal dilaluinya. 
Alhamdulillah hanya itu yang mampu diucapnya.

"Mulai hari ini jagalah dirimu sendiri anakku...aku sudah 

tidak mampu..."

Berjujuran air mata membasahi pipi, menerka apa lagi yang Allah

 rencanakan. Benarlah kini cukuplah Allah bagi hambaNya. Hanya
 Allah..dunia ini hanya sementara. Seorang insan itu tidak akan diuji 
dengan sesuatu yang tidak mampu diterimanya. Alhamdulillah...jika 
Allah yakin hambaNya mampu menerima sesuatu yang berat malah
mungkin tersangat berat, apatah lagi insan yang bergelar hamba.
Haruslah meletakkan pegangan dalam hatinya kebergantungan yang
sangat tinggi pada Allah.

Melihat insan lain bahagia dalam setiap sisi kehidupan, melatih diri

bermonolog sendiri "itu bahagiannya..." Yakin dengan janji Allah...
mampu kerana Allah bersama~

"Allah tidak meberati seseorang melainkan apa yang terdaya 

(dibuat) olehnya. Setiap orang mendapat pahala kebaikan yang 
diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang 
diusahakannya. (Doa mereka ialah) Wahai Tuhan kami,
 janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau 
tersalah. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kpd 
kami bebanan  yang berat sebagaimana yang telah Engkau 
bebankan kepada orang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan 
kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami 
tidak berdaya memikulnya. Maafkanlah kesalahan kami serta 
ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. 
Engkaulah penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk 
mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir." 
(Surah Al-Baqarah : ayat 286)

0 comments:

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.