Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
I'm a Muslim Girl
Annyeong Haseyo! Selamat Datang ke "I'm A Muslim Girl"'s Blog Semoga Pengisian yang Bermanfaat Untuk Semua! Smile Always :)

Thursday, March 16, 2017

Nasyid 2016/2017

Salam. Hai semua. Entri sebelum ini, aku ada ceritakan tentang kekeliruan aku untuk masuk sebuah pertandingan kan. Hari ni iaitu 17 march 2017, dah masuk sebulan aku berlatih dengan ahli-ahli nasyid. Alhamdulillah. Sedikit sebanyak menguatkan aku untuk menjadi seorang yang lebih kuat dan sabar. Alhamdulillah. Masa berjalan begitu pantas. TUP TUP minggu depan iaitu pada hari khamis, 23 march 2017 adalah hari yang dinanti-nantikan, Tak sabar sangat nak habiskan semua ini. Sepanjang aku berlatih bersama-sama ahli-ahli yang lain, sabar dan hati kena sado banyak mengajar aku untuk menjadi lebih kuat dan serius.

.

Aku akui latihan untuk sesi ini lain daripada sesi lepas. Tak nak cerita panjang. Sesi ini banyak gosip-gosip yang hangat dan sangat memeritkan bagi sesetengah orang dalam kumpulan nasyid ni. hmmm Biasa la, mainan perasaan kan. Especially when we are practicing together with guys and girls. Dalam tempoh yang agak lama la. Setiap hari jumpa orang yang sama. So, probability to fall in love with one of them might be high. Aku yakin, after this feseni ended, tak akan ada dah perasaan tu lagi. Syaitan akan sanggup buat apa sahaja untuk mengongkong kita berbuat kemaksiatan. Syaitan nampak peluang antara lelaki dan perempuan dengan menghasut dan berbisik yang indah-indah di hati manusia agar manusia tersebut mudah berbunga-bunga melihat lelaki tersebut. Sangat bahaya kalau tak dapat kawal perasaan tu. hmm Tapi aku yakin, Allah akan sentiasa jaga mereka daripada berbuat keburukan. :)

.

Kadang-kadang Allah uji manusia dengan sesama manusia. Allah nak tengok sejauh mana hati hambaNya untukNya. Adakah " manusia " itu lebih mengambil tempat di dalam hati mereka? Atau mereka menempatkan Allah sedalam-dalam hati mereka. Ingatlah. Allah yang pegang hati setiap manusia. Dan Dia juga yang mengatakan the thing that is impossible for us is the thing that is possible to HIM. Boleh jadi perkara yang kita tidak suka itu baik untuk kita, boleh jadi perkara yang kita suka itu buruk untuk kita. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.
Tak nak tulis panjang-panjang. I'm sure that all these happens have their own reasons. Allah knows well. Sayangnya, 23 march 2017 aku ada testtt advanced calculus! Dan esoknya complex variablesss.. OUHHHHHH Takpa. Ini ujian yang Allah bagi untuk aku. I try my best. :)) Bye. In shaa Allah after feseni i will post new entry for a new life.. huhu. Semoga kejayaan berpihak pada kami. In shaa Allah . Ameen.

0 comments:

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.