Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
I'm a Muslim Girl
Annyeong Haseyo! Selamat Datang ke "I'm A Muslim Girl"'s Blog Semoga Pengisian yang Bermanfaat Untuk Semua! Smile Always :)

Sunday, November 29, 2015

Kematian itu Pasti



Assalamu'alaikum.. 

Kematian itu akan datang pada bila-bila masa sahaja.Tak kira masa dan tempat. Sesuatu yang bernyawa pasti akan merasai kematian. Bagaimana agaknya kematian yang bakal menjemput kita? Adakah ketika itu kita sedang dalam keadaan yang alpa? Terkejarkan kehidupan duniawi sehingga melupakan kehidupan ukhrowi? Allahu. Atau kematian kita akan berakhir dengan husnul khotimah dan mengakhiri kalam kita dengan dapat menyebut kalimah yang sangat suci, LA ILAHA ILLALLAH. Ameen!!!! Allahu Robbi.



Semalam aku diizinkan Allah untuk menonton satu video yang berkaitan dengan kematian. Sakitnya sakaratul maut akan dirasa oleh setiap benda yang bernyawa. Aku pernah terfikir, "Ustaz kata sakaratul maut itu sakit tetapi kenapa aku tengok orang yang hampir mati itu nampak mudah je meninggal?". Allahu Robbi. Jahilnya aku. Aku malu dengan Allah. Tetapi persoalan itu sentiasa bermain di fikiran aku. Aku nak sangat sangkalkan semua permainan yang sedang berada di fikiran. Allah lebih Mengetahui segalanya. Allah bagi aku terjumpa dengan sebuah video untuk menjawab segala pertanyaan aku selama ni. KIta yang lihat memang nampak mudah tetapi yang merasai kematian saat itulah yang merasakan kesakitannya. Dan sudah pastinya aku akan merasainya jua nanti. Allahu. Aku sedih dengan diri aku. Ilmu akhirat aku masih kekurangan. Aku malu dengan Allah. Tapi aku bersyukur kerana Dia sentiasa membimbing aku dikala aku kekeliruan. Allah sayangkan semua hambaNya. Allah tak pernah memilih untuk membantu dan memakbulkan doa hamba-hambaNya tak kira warna kulit, cantik ke tidak, Dia tak pernah melihat semua itu sebab Dialah Sang Pencipta seluruh makhluk yang berada di bumi mahupun di alam semesta. Dialah Allah, Tuhan yang berhak disembah,dipatuhi dan ditakuti.



Semalam, aku tertidur awal sebab kepenatan berjalan-jalan di sekitar KLCC. Lepas tu aku terjaga pada pukul 2: 30 pagi. Instinct kata suruh buka instagram. Aku pun cuba buka, kemudian aku ternampak satu pos dari seorang artis Malaysia yang mengatakan, "Al Fatihah Pak Yus aka Yus Jambu.." Lebih kurang cam ni la ayat dia. Aku pelik. Sebab aku tak pernah dengar yang Yus Jambu ni ada masalah kesihatan sebelum ni. Dalam hati aku kata ni mesti main-main ni. Mesti ada maksud lain daripada yang aku sangkakan. Lepas tu aku search instagram Yus Jambu, dan aku tengok latest status dia 7hour ago. Dan aku bisik dalam hati, "Laa mana ada apa-apa. Ok je yus ni." Lega. Lepas tu aku tertengok dekat comment status tersebut dan aku ternampak ramai yang komen, "Al Fatihah, Moga ditempatkan dalam kalangan yang beriman." Aku bisik dalam hati,"Haa??? Kenapa ni? Aku rasa Yus Ok je." Then, lepas aku scroll status-status kat insta, aku ternampak satu status #repost dari rakan seperjuangan Yus iaitu Tauke yang menyatakan bahawa Yus mengalami sesak nafas dan dikejarkan ke hospital. Dan dikatakan jua bhawa Yus Jambu telah kembali ke Rahmatullah. Hati aku rasa sedih sangat. Aku tak tahu kenapa. Sebab selama ni, aku sangat suka kumpulan Jambu disebabkan Yus, Dan aku nampak sangat bahawa dia seorang yang bersungguh-sungguh dan seorang yang rilex dlam menyampaikan komedi. Aku pernah menyaksikan satu program tv dimana Yus menjadi salah satu pesertanya. Aku selalu terhibur dengan gelagatnya dan yang paling aku kagum dengan dia, dia sanggup korbankan kemenangan dia demi kawan dia yang juga pelawak tanah air. Dari situ, aku nampak kebaikan dia. Wallahu a'lam. Semoga Allah membalas segala kebaikanmu di sana nanti. Ameen.



Dunia dah nak berakhir. Seluruh umat Islam yang beriman, sedikit demi sedikit Allah ambil sedangkan kita tidak menyedarinya terutama diri aku yang masih lalai. Aku takut, Aku sedih. Aku rasa setakat ini dulu perkongsian aku. Apa-apapun jangan lupa untuk sedekahkan Alfatihah kepada Yus Jambu dan saudara-saudara Islam kita yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia walau mereka berada dimana-mana jua dan yang paling penting buat diri sendiri jua. Semoga Allah menempatkan kita semua dalam kalangan yang beriman dan diredhaiNya. Semoga kalam terakhir kita adalah kalam yang membawa kita ke Syurga Allah. La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah. 

"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian." 

0 comments:

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.