Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
I'm a Muslim Girl
Annyeong Haseyo! Selamat Datang ke "I'm A Muslim Girl"'s Blog Semoga Pengisian yang Bermanfaat Untuk Semua! Smile Always :)

Saturday, April 14, 2012

:: Bala Allah terhadap kaum Tsamud ::

Sebelum ini kaum tsamud pernah meminta Nabi Soleh membuktikan kenabiannya.Nabi Soleh disuruh mengeluarkan seekor unta betina dari sebuah batu besar.Setelah nabi Soleh bersolat dan berdoa, Allah telah memakbulkan doanya lalu keluarlah seekor unta betina dari dalam batu tersebut.

Akan tetapi kaum Tsamud tidak menyedari bahawa kewujudan unta itu adalah satu ujian kepada mereka. Allah ingin menguji tahap keimanan mereka. Mereka telah diberi amaran oleh nabi Soleh supaya tidak mengganggu unta tersebut. Jika mereka mengingkarinya, maka azab Allah akan menimpa mereka.Allah telah berfirman mengenai unta yang dihantar itu sebagai ujian: “Sesungguhnya Kami akan mengirim unta betina sebagai cubaan bagi mereka, maka tunggulah (tindakan) mereka dan bersabarlah.”

Setelah kaum Tsamud melihat sendiri mukjizat tersebut, sesetengah daripada mereka mematuhi arahan tersebut. Walaubagaimanapun, ada juga yang enggan mematuhinya. Mereka tidak suka ternakan mereka bergilir-gilir air minuman dengan unta Nabi Soleh. Mereka tidak ikhlas untuk berkongsi sumber minuman tersebut. Setiap hari pasti ada aduan yang dibuat terhadap unta Nabi Soleh. Mereka sentiasa berusaha mencari jalan supaya unta itu dapat diusir dari kawasan mereka.

“Mereka membunuh unta itu, maka berkata Nabi Soleh: Bersenang-senanglah kamu di rumah-rumah kamu selama tiga hari. Itu adalah janji yang tidak dapat didustakan.”(Surah Huud: 65)



Pada Suatu hari, para pemimpin kaum Tsamud telah bermesyuarat.Dalam mesyuarat itu, mereka telah sepakat untuk membunuh unta Nabi Soleh. Mereka tidak gentar dengan amaran bencana yang pernah diberitahu oleh Nabi Soleh. Mereka menganggap amaran itu sebagai satu ugutan semata-mata.

Terdapat Sembilan orang yang bertanggungjawab dalam pembunuhan  unta Nabi Soleh. Dua orang daripada mereka bernama Qadar bin Salaf dan Mushra bin Muhraj. Kesemua sembilan lelaki ini ada diceritakan di dalam al-quran sebagai orang yang suka melakukan kerosakan di muka bumi.

Berita tentang rancangan untuk membunuh unta Nabi Soleh telah disambut baik oleh kebanyakan kaum Tsamud. Bukan itu sahaja, mereka juga merancang untuk membunuh Nabi Soleh. Kemudian mereka beramai-ramai pergi mencari unta itu. Setelah ditemui, Mushra telah melontar  lembing dan terkena kaki unta itu lalu rebah. Qadar pula menyembelih unta itu menggunakan pedangnya. Mereka langsung tidak takut akan azab Allah. Bahkan mereka mencabar Nabi Soleh agar Allah menurunkan azab seperti yang dijanjikan.

“Wahai Soleh! Datangkanlah azab yang telah kamu janjikan kepada kami sekiranya kamu benar-benar utusan Allah.”

Begitulah sombongnya kaum Tsamud. Mereka bersuka-ria kerana Berjaya membunuh unta Nabi Soleh. Sedangkan Nabi Soleh amat berdukacita mengenangkan bala yang bakal menimpa kaumnya. Lalu Nabi Soleh berkata kepada mereka: “Bersuka-rialah kamu sekalian selama tiga hari sebelum bala menimpa kamu.”

Sebelum sempat mereka melaksanakan rancangan untuk membunuh Nabi Soleh, Allah telah menghantar batu-batu yang menghujani mereka. Wajah mereka mula berubah menjadi kekuningan. Peristiwa tersebut berlaku pada hari Khamis. Pada waktu itu, pengikut-pengikut Nabi Soleh yang telah beriman telah naik ke atas gunung untuk mengelak daripada ditimpa bencana. Apabila semua pengikutnya berada di puncak gunung, tiba-tiba gunung tersebut menjadi tinggi mencecah awan. Seekor burung pun tidak dapat terbang ke puncaknya. Masuk hari kedua iaitu hari Jumaat, wajah kaum Tsamud yang tidak mahu mengikut Nabi Soleh berubah menjadi merah. Hari pertama dan kedua itu dianggap sebagai hari kematian bagi mereka. Manakala pada hari ketiga iaitu hari Sabtu pula merupakan hari untuk bersuka-ria kerana hari kematian mereka telah berlalu. Akan tetapi pada hari tersebut, wajah mereka telah menjadi hitam.

Pada hari tersebut, kaum Tsamud masih menunggu bala yang dijanjikan. Tiba-tiba terdengar satu dentuman dari langi. Ia disertai dengan gempa bumi yang cukup kuat. Dalam sekelip mata sahaja mereka telah menjadi mayat. Tiada seorang pun yang terselamat dari azab Allah itu kecuali mereka yang beriman kepada-Nya.

Begitulah Allah telah menimpa bala ke atas kaum Tsamud yang angkuh dan sombong. Sesungguhnya Allah tidak pernah mendustai apa yang telah dijanjikan.



PENGAJARAN:                                                                   

 ~Allah telah menimpa azab kepada kaum Tsamud yang tidak mahu beriman kepada-Nya.
~Kaum Tsamud adalah kaum yang degil, ingkar dan kufur kepada Allah.
~Umat manusia hendaklah menghindari daripada melakukan perbuatan yang bercanggah dengan ajaran agama.    

Wallahu’alam..

0 comments:

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.