Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
I'm a Muslim Girl
Annyeong Haseyo! Selamat Datang ke "I'm A Muslim Girl"'s Blog Semoga Pengisian yang Bermanfaat Untuk Semua! Smile Always :)

Thursday, April 26, 2012

:: Dia menentukan dengan cintaNya. ::


Perkongsian sekadar muhasabah untuk mengingatkan diri yang diuji.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Di saat Allah masih mahu memberi 
ujian buat diri untuk mengingatkan hakikat sebagai hamba kepadaNya. Yang sememangnya layak untuk diuji. Dan seharusnya tidak mempersoalkan mengapa
dan mengapa sesuatu itu berlaku. Mengapa kehendak ini tidak dituruti. Mengapa permintaan itu tidak dipenuhi?

Seorang hamba yang tidak layak merasakan seolah-olah Allah itu bertindak zalim. 
Seolah-olah Allah itu tidak melihat usaha yang dilakukan. Seolah-olah Allah itu 
sengaja memberikan kesusahan. Sedang diri berpenat lelah melakukan segala-
galanya. Di mana salahnya? Di mana silapnya?

Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit
ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan 
berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. 
(Al Baqarah,2:155) "


Step back and reflect! Silapnya ada pada diri sendiri. Silap kerana tidak 
memandang ujian sebagai anugerah dari Allah. Silap kerana tidak redha 
dengan ketentuan yang Allah tetapkan. Silap kerana masih mempersoalkan
qada’ dan qadarNya. Silap kerana tidak bersangka baik denganNya. Silap 
kerana tidak bersyukur dengan nikmat-nikmat yang selama ini diperoleh.

 “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya 
kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” 

Renung ke dalam diri sedalam-dalamnya. Sungguh setiap ujian yang diberi
bukan kerana Dia bersifat zalim, bukan kerana Dia mahu menyiksa, bukan kerana 
Dia membenci, bukan juga kerana Dia tidak mengerti isi hati hamba-hambaNya. 
Tapi atas dasar kasih sayangNya. Atas dasar kerinduanNya.  Demi sebuah cinta 
yang tidak mahu hamba-hambanya lalai sekiranya permintaan itu dipenuhi. Demi 
sebuah cinta yang tidak mahu hamba-hambaNya terus menerus menjauh dariNya. 
Demi sebuah cinta yang  maha mengetahui hamba itu masih belum cukup bersedia 
untuk dipenuhi permintaannya. Dan demi sebuah cinta yang merindui rintihan hamba-hambaNya.

Iktibar kisah Nabi Yusuf.

Allah memberikan kita sebuah kisah di dalam al-quran. Kisan Nabi yusuf hidupnya 
punya pasang dan surut. Satu persatu ujian yang datang menimpanya, dari ujian 
kurniaan yang besar kepada kehinaan darjat kemuliaannya, dari rasa aman dan 
bahagia kepada rasa keperitan dan kesedihan. Bermula dengan kisah Nabi yusuf 
yang dipisahkan dengan ayahnya, dijauhkan dari kesenangan hidup, dikerah 
menjadi hamba yang tak punya kebebasan, difitnah, dipenjara. Dan kemudia 
barulah diberikan jawatan dan kesenangan hidup.

Tapi adakah Nabi yusuf itu mengeluh tatkalan Allah mengujinya dengan ujian 
yang amat dahsyat? Adakah dia mempersoalkan mengapa dia diperlakukan 
sebegitu sedang diri tidak melakukan kesalahan? 

Malah apakah yang diperkatakan oleh Nabi Yusuf kepada Allah?
‘………..Dan sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikannya kenyataan. 
Sesungguhnya Tuhanku telah berbuat baik kepadaku, ketika Dia 
membebaskan aku dari penjara  dan ketika membawa kamu dari dusun,…..” 
( Surah Yusuf, 12:100)

Subhanallah. Selepas ditinggalkan seorang diri, dirampas segala kesenangan 
dan kebebasan hidup, dihina, difitnah, hidup dengan penuh kerendahhan di 
dalam penjara. Ternyata segalanya tak pernah berbekas di hatinya. Terus redha 
dengan apa yang Allah tetapkan untuknya, dan selepas semuanya berlaku 
Nabi Yusuf mengaku bahawa, ‘Tuhanku telah berbuat baik kepadaku…“

Ya Allah, siapalah kita jika hendak dibandingkan dengan golongan-golongan 
terdahulu yang diuji? Besar sangatkah ujian yang kita terima?


Dia yang mencipta ujian dan Dia yang memujuk dengan caraNya sendiri. Ujian 
itu satu anugerah. Ujian ini satu tarbiyah. Ujian ini satu hadiah terindah. Moga 
Allah menetapkan hati ini untuk redha dengan segala yang ditetapkan buat diri. 
Moga Allah memberi diri ini kekuatan untuk tidak mengeluh di saat keinginan tidak 
dipenuhi. Kerana Dia menentukan segala-galanya dengan cintaNya.   

0 comments:

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.