“Sesungguhnya Qarun adalah salah
seorang dari kaum Musa (bangsa Israel), kemudian ia dianiaya kepada bangsanya.
Telah Kami berikan kepadanya harta yang banyak, sehingga anak-anak kunci
gudang-gudangnya amat berat dipikul oleh
orang banyak yang kuat-kuat. Ketika kaumnya berkata kepadanya: Janganlah engkau
terlalu bangga, Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu
membanggakan diri.” (Surah al-Qashash : 76)
Pada zaman Nabi Musa, ada seorang yang
bernama Qarun. Allah telah memberikannya harta kekayaan yang sangat banyak.
Dengan kekayaan yang ada padanya, Qarun menjadi sombong dan bongkak. Qarun
hidup dengan penuh kemewahan.
Maka Allah SWT telah memerintahkan Nabi
Musa agar mengajak Qarun membuat kebajikan. “ Hai Qarun, harta ini adalah
kurniaan Allah SWT kepada kamu. Janganlah kamu sombong dan bongkak dengan harta
kekayaan kamu ini. Jadilah seorang yang berpekerti luhur serta mengesakan Allah
SWT,” kata Nabi Musa kepada Qarun.
“Aku memperolehi harta benda ini
dengan tenaga dan ilmu yang ada padaku,” jawab Qarun dengan sombong.
Qarun tidak mengendahkan ajakan Nabi
Musa supaya membuat kebajikan. Qarun semakin giat menambah harta kekayaannya
dan menjadikan dia semakin sombong.
Pada suatu hari, Qarun telah keluar
dengan pakaian dan perhiasannya yang mahal dan mewah. Dia menuju ke tempat
orang ramai. Seluruh penduduk kampungnya keluar melihat Qarun dengan harta
kekayaannya. Penduduk kampung merasa
sedih kerana mereka hidup melarat dan miskin sedangkan Qarun hidup dengan
senang-lenang.
Melihat kepada kesombongan dan
keangkuhan Qarun itulah, Orang-orang beriman turut menasihati dengan berkata, “
Kami tidak iri hati melihat kekayaanmu, kami juga tidak melarang kamu
bergembira dengan harta kekayaanmu, tetapi kami mahu mengingatkan kepada kamu
supaya menambah harta dengan jalan yang halal dan menggunakan hartamu itu pada
jalan Allah.Hendaklah kamu tolong orang-orang miskin dengan memberi sedikit
daripada hartamu. Berbuat baiklah kepada mereka sebagaimana Allah telah berbuat
baik kepadamu.”
Allah SWT telah menurunkan wahyu
kepada nabi Musa supaya mengumumkan kewajipan menunaikan zakat bagi orang kaya.
Maka zakat itu akan dibahagi-dibahagikan kepada orang-orang yang miskin. Nabi
Musa juga telah menyampaikan kepada Qarun.
“Ada-ada saja perintah Tuhan Musa,”
ejek Qarun.
“Hai Qarun ini adalah perintah Allah
SWT. Aku sampaikan kepadamu kerana aku adalah pesuruh-Nya,” jawab Nabi Musa.
Qarun tidak mahu mengikut perintah
Allah SWT,malah dia mengejek-ejek dan memburukkan Nabi Musa di hadapan orang
ramai. Nabi Musa bersabar mendengar kata-kata Qarun.
Lalu Nabi Musa memohon doa kepada
Allah agar orang ramai tidak tersesat seperti Qarun. Maka Allah SWT telah
memakbulkan doa Nabi Musa. Lantaran itu, tibalah bencana dari Allah SWT. Tanah
di sekitar istana gudang-gudang kekayaan
Qarun pecah dan runtuh. Akhirnya harta kekayaannya tenggelam ke dalam
perut bumi dan menguburkan jasad Qarun di situ.Tamatlah riwayat Qarun dan harta
kekayaannya.Melihat kepada kejadian itu, orang ramai yang miskin dan melarat
itu insaf..
PENGAJARAN:
~Seseorang yang dikurniakan harta
kekayaan hendaklah membelanjakan hartanya kepada jalan Allah s.w.t.
~Seseorang itu tidak boleh sombong dan
bongkak dengan harta kekayaan yang ada
padanya.
0 comments:
Post a Comment