Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
I'm a Muslim Girl
Annyeong Haseyo! Selamat Datang ke "I'm A Muslim Girl"'s Blog Semoga Pengisian yang Bermanfaat Untuk Semua! Smile Always :)

Tuesday, April 10, 2012

:: Kisah Cinta Halimatus Saadiah ::

     Gambar Hiasan

"Bukankah Dia yang mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu."
(Surah ad-Dhuha: 6)


Adalah menjadi tradisi bagi keluarga-keluaraga mulia di Makkah untuk menghantar anak mereka ke kawasan pergunungan. Ini bertujuan agar anak mereka dapat menghirup udara yang segar dan membesar dengan sihat.Anak-anak ini akan disusui oleh wanita daripada Bani Sa'ad.


Wanita-wanita yang menyusui biasanya lebih tertarik kepada anak-anak orang kaya.Mereka tidak berminat untuk menyusui  anak seorang fakir mahupun yatim.


Halimah merupakan seorang wanita yang selalu menjadi ibu susuan. Pada tahun itu, keluarganya ditimpa kemiskinan. Tanah menjadi tandus dan ternakan mereka menjadi kurus kering. Akhirnya Halimah dan suaminya  memutuskan untuk ke Makkah bagi mengambil seorang bayi untuk disusui.Mereka berharap upah yang diberikan akan dapat menampung keperluan hidup.


Unta yang dinaiki mereka itu sangat lemah.Halimah risau kalau-kalau unta itu mati sebelum sampai ke Makkah. Anak Halimah selalau menangis kelaparan.Unta yang dibawa juga sudah tidak mengeluarkan susu kerana kekurangan zat. Halimah juga tidak mampu menyusui bayinya lagi.


Akhirnya mereka sampai di Makkah.Semua bayi yang ada sudah diambil oleh wanita-wanita yang lebih dahulu tiba di Makkah. Hanya tinggal seorang bayi lelaki yang bernama Muhammad. Ayahnya sudah meninggal dunia dan keluarganya miskin. Kedudukan mereka sangat mulia di antara tokoh-tokoh Quraisy, namun wanita-wanita lain enggan mengambilnya  kerana dia yatim dan miskin pula.


Halimah melihat Muhammad terbaring dalam keadaan lapar di ranjangnya (Tempat tidur) yang kasar. Tiba-tiba, Halimah berasa kasihan terhadap Muhammad. Allah menanamkan rasa kasih dan cinta di dalam hati Halimah. Wanita itu terus jatuh sayang apabila melihat Muhammad.


Halimah pun membawa anak yatim itu pulang ke rumahnya. Dalam perjalanan, Hlaimah membelai Muhammad dengan penuh kasih sayang. Beliau meletakkan tangan ke dada bayi itu sehingga Muhammad tertawa. Beliau mencium dahi Muhammad. Halimah berasakan seolah-olah Muhammad itu seperti anaknya sendiri.


Halimah pun menyusui Muhammad.Alangkah terperanjatnya Halimah apabila mendapati bayi itu mampu menyusu sehingga kenyang dan tertidur. Anaknya sendiri juga menyusu sehingga kenyang dan tidur. Halimah juga berasa tubuhnya lebih sihat daripada yang sebelumnya.


Tidak berapa lama selepas membawa Muhammad pulang ke perkampungannya, nasib keluarganya berubah. Tanah yang tandus menjadi subur. Binatang ternakan yang kurus menjadi gemuk dan mengeluarkan banyak susu.Hidup Halimah gembira sekali.


Halimah tahu bahawa kebaikan itu telah datang bersama anak yatim yang disusuinya. Cinta Halimah kepada Muhammad semakin bertambah dari hari ke hari. Anak yatim itu telah diberkati oleh Yang Maha Esa.


Pengajaran:
~Janganlah kita menghina anak-anak yatim.Sesungguhnya kedudukan mereka adalah mulia di sisi Allah..


Wallahu'alam..

0 comments:

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.